Tampil Glamor & Seksi, Beginilah Gaya Terbaik Selebriti di Atas Red Carpet Baru-Baru Ini - Glam Malaysia

Tampil Glamor & Seksi, Beginilah Gaya Terbaik Selebriti di Atas Red Carpet Baru-Baru Ini

Tahun 2021 menyaksikan kembalinya kegemilangan acara red carpet. Tahun 2020 yang kelihatan agak suram, pun begitu anjuran red carpet dari rumah juga tidak kurang hebatnya. Ternyata, beberapa look yang ikonik pernah dipersembahkan, walaupun ia sekadar diadakan dari rumah. Selebriti-selebriti jemputan ternyata memunculkan idea yang baharu untuk mengekalkan momentum hangat acara red carpet

Namun, pada bulan Mei yang lalu, acara-acara seni kembali dianjurkan secara live. Menyaksikan para jemputan menggunakan peluang yang ada untuk bergaya sakan dalam balutan busana mewah setelah acara karpet merah dibenar untuk diadakan. That’s a good start!

Pada awal bulan Mei, 2021 Grammys telah dianjurkan dalam skala kecil, seterusnya 2021 Brit Awards pula, MTV Awards, kemudian 2021 Billboard Awards dan yang baru berlangsung, 2021 IHeartRadio Music Awards yang dilaporkan cukup hangat sekali sambutannya. Selain gaya karpet merah yang heboh diperkatakan, persembahan-persembahan nyanyian hebat seperti The Weeknd, Dua Lipa, Jonas Brothers, Demi Lovato dan Doja Cat antara yang mengagumkan. 

Ariana Grande mengadakan persembahan duet bersama The Weeknd untuk lagu ‘Save Your Tears’ di 2021 iHeartRadio Music Awards, menandakan kemunculan pertamanya selepas berkahwin dan persembahannya itu berjaya meraih jutaan penonton di online. Dan banyak lagi persembahan lain yang menghiburkan, di samping itu dapat mengubat rasa rindu peminat muzik untuk menikmati persembahan secara live.

See also
SERVIS KASUT MADE-TO-ORDER PRADA KINI DI MALAYSIA

Perihal gaya red carpet pula, memperlihatkan kehadiran selebriti yang semakin berani mengeksplorasi tata gaya yang lain daripada yang lain. Lari dari stail kebiasaan Red Carpet. Sesi red carpet terbukti menjadi salah satu hal yang ditunggu-tunggu kerana saat selebriti berjalan di atas karpet merah, mereka juga menunjukkan gaya terbaik mereka. Jom, imbas gaya para selebriti yang bergaya  terbaik saat berjalan di karpet merah baru-baru ini!

DOJA CAT DI IHEARTRADIO MUSIC AWARDS

doja cat

I’m not sure about you, but I’m feeling a 70s Halston vibe here. Anda juga rasa begitu? Dengan cape, fabrik lembut yang melambai dan dandanan rambut hitam panjangnya. Dress labuh dengan detail sheer, berwarna hijau dari pereka. Brandon Maxwell yang membuatnya terlihat seksi saat berjalan di karpet merah. Sebagai tambahan drama pada penampilannya, terdapat rekaan ‘cape’ pada bahagian bahu dress. Rekaan tersebut diambil dari koleksi Brandon Maxwell untuk koleksi musim luruh 2020. 

ALICIA KEYS DI BILLBOARD AWARDS

Alicia keys

Alicia Keys tampil glamor dengan rekaan couture dari Valentino berwarna merah jambu yang dilengkapi wrap coat yang lebar hingga membentuk seperti cape. Benar-benar drama. Top senteng, seluar berpotongan tinggi menyerlahkan sifat atletik Alicia, yang menggambarkan keperibadian Alicia yang sedikit tomboy. Rambutnya yang ditata ‘updo’, berdandan cornrow (signatur gaya rambut Alicia) terlihatnya menawan. Penampilan sempurna merai ulang tahun ke-20 album sulungnya, ‘A Song in a Minors’ di anugerah Billboards.

See also
GLAM FIRST: COACH Fall 2022

DEMI LOVATO DI IHEARTRADIO MUSIC AWARDS

demi Lovato

Demi Lovato memberi penghormatan kepada Sir Elton John di Anugerah Muzik iHeartRadio 2021. Demi melangkah keluar ke permaidani merah dengan menyarung double breasted purple blazer, serta seluar berpinggang tinggi warna ungu, rekaan oleh DUNDAS. Penampilan ini ternyata memberi penghormatan kepada penghibur legenda, Elton John yang menerima Anugerah Ikon di acara tersebut. Keseluruhan look disempurnakan dengan gaya rambut pendek berekor tampak lebih berkarakter dan kilau mewah berlian yang menghiasi telinga, leher dan jarinya.

PADMA LAKSHMI DI BILLBOARD AWARDS

padma lakshmi

I mean who said you can’t wear a plunging suit when you are 50? Yes you can if you have a hot body like Padma Lakshmi. Model dan pengacara, Padma Lakshmi memukau dalam plunging sut warna putih rekaan Christian Siriano. Penampilan seksinya itu, dihangatkan lagi dengan rantai yang dipakai berlapis dan mengepit klutch yang berkilat. 

DUA LIPA DI BRIT AWARDS

dua lipa

This has to be one of the best looks in 2021. Memilih rekaan Vivienne Westwood untuk ke acara Brit Awards adalah satu keputusan yang genius. Dua Lipa menjelmakan imej Marie Antoinette dalam gaun couture material silk warna kuning saffron dan fishnet ungu melapisi luar gaun. Top gaun yang direka bentuk korset juga dandanan rambut tinggi dan kalung choker mutiara ia kenakan memberi kesan elegan Marie Antoinette dalam penampilannya. Karakter punk simbolik kepada DNA Vivienne Westwood, diserlahkan dengan stoking hitam, kasut platforms ungu dan olesan warna pink pada pipinya. 

See also
Fesyen Selebriti Di Karpet Kuning Tayangan Argylle

Artikel berkaitan: 12 Busana Daring Yang Digayakan Selebriti Di Karpet Merah