Ini 7 Tas Tangan Lokal Pilihan Fashion Lover Hari Ini!
Ini 7 Tas Tangan Lokal Pilihan Fashion Lover Hari Ini!

Ini 7 Tas Tangan Lokal Pilihan ‘Fashion Lover’ Hari Ini!

Tas tangan adalah key point untuk setiap gaya fesyen dan ia memainkan peranan penting yang boleh mengubah aura sesuatu stail. 

Kita seringkali didedahkan dengan tas tangan daripada jenama-jenama terkenal luar negara. Akan tetapi, tas tangan jenama lokal juga kini semakin menjadi trend hangat di Malaysia. GLAM akan berkongsikan 7 tas tangan lokal pilihan fashion lover hari ini! 

#1 Nazifi Nasri 

Bakal meyambut ulang tahun yang ke sepuluh, Nazifi Nasri tidak pernah gagal untuk mengeluarkan rekaan yang menarik minat anak muda hari ini dan seterusnya akan sentiasa sold out ketika pelancaran. Menjadi bualan hangat ketika pop-up booth Raya mereka pada tahun ini adalah koleksi Oked 2024. Ia adalah tas tangan pertama pilihan fashion lover dan telah berjaya menjadi jenama pilihan ramai sewaktu Aidilfitri. 

#2 brïk. 

Dimiliki oleh dua beradik pempengaruh media sosial, Sabrina Ridzal dan Syakira Ridzal ini telah menambat hati peminat fesyen muda dengan rekaan tas tangan yang cukup moden. Tampil dengan warna-warna vibrant dan efek glossy. Bermula dengan edisi Volume 1: First Collection, Chroma Bag yang boleh didapati dengan 5 warna. brïk. kini mengeluarkan lebih banyak edisi seperti Volume 2: New yang disertai oleh Upsized Chroma, Chérie dan Exclusive Chroma. 

#3 SHALS

Jenama pilihan anak muda yang seterusnya ini dimiliki oleh pengacara televisyen dan pempengaruh digital tidak asing lagi di dalam industri fesyen tanah air, Shalma Ainaa. Ditubuhkan sejak tahun 2014, SHALS ingin menerapkan elemen unik dan trendy ke dalam sarungan harian pengguna mereka. Terkenal dengan pelancaran Zoe Bag mereka, rekaan dari SHALS juga sentiasa sold out setiap kali mereka melancarkan rekaan baru. 

#4 Saoi

Bukan sahaja popular dengan Lola Kitten Heel mereka, Saoi juga dikenali ramai dengan rekaan tas tangan yang unik, Sadie dan Gaia Bag. Saoi yang dimiliki oleh pempengaruh media sosial, Wan Nur Syaira ini menjadi tumpuan ramai dengan rekaannya yang girly dan classy

#5 Tracey 

Bermula dengan kerisauan sang suami, Johson melihat isterinya kelam kabut mencari barang di dalam tas tangan, maka terciptalah Tracey. Sebagai seorang wanita bekerjaya, Tracey ingin mereka tas tangan yang sesuai dipakai ketika bekerja atau di kala. Rekaaan rekaan Tracey lebih cenderung kepada gaya moden dan classy

#6 Cream Couch 

Dikenali dengan nama nama rekaan mereka yang comel, Cream Couch juga menjadi pilihan fashion lover hari ini. Jenama yang baru sahaja berkolaborasi dengan jenama Korea Selatan, Innisfree ini mempunyai tas-tas tangan yang comel seperti Buttered Cream Croissant, Fluffy Cream Tote dan Cloud Signature yang dihiasi dengan warna-warna pastel. 

#7 NOBAT  

“Versatiliti adalah kunci,” Kata NOBAT. Tas tangan pilihan GLAM yang terakhir ini memulakan langkah mereka pada tahun 2020. Dengan konsep yang ingin mendalami warisan budaya di Malaysia menjadi salah satu misi jenama lokal ini. Antara rekaan mereka yang menarik perhatian GLAM adalah daripada koleksi yang mempamerkan hasil teknik anyaman. We love it!