The Love Cloud, Victoria's Secret Fokus Pada Aspek Selesa - Glam Malaysia

The Love Cloud, Victoria’s Secret Fokus Pada Aspek Selesa

MENUJU KE ERA BAHARU, VICTORIA’S SECRET LANCARKAN KEMPEN KOLEKSI LOVE CLOUD YANG MENAMPILKAN KEDINAMIKAN WANITA DARI LATAR BELAKANG BERAGAM. 

Victoria’s Secret perkenalkan koleksi Love Cloud, rangkaian pakaian dalam wanita yang inovatif. Yang memfokuskan pada keselesaan sepanjang hari, koleksi itu dilancarkan sejak 14 Februari lepas. Dan kini boleh didapati di Malaysia, di butik utama Victoria’s Secret di Suria KLCC dan Mid Valley. 

Kempennya menampilkan 18 wanita dari pelbagai latar belakang dan bentuk badan yang berbeza untuk memperagakan koleksi itu. Lantas, mengukuhkan komitmen Victoria’s Secret untuk meraikan diversifikasi dikalangan wanita. Pelancaran koleksi baharu ini merupakan satu lagi lakaran kejayaan dalam visi baharu Victoria’s Secret, memfokuskan pada menyokong wanita dalam semua keperluan dan usaha mereka. 

Love Cloud direka sebagai koleksi yang menepati kehendak wanita terhadap aspek selesa dalam pemakaian tanpa menyingkirkan aspek seksi dan praktikaliti. Melalui rangkaian baharu ini, rekaan coli dan seluar dalam berkualiti tinggi dalam bentuk yang sempurna dengan keperluan harian wanita, dalam usaha berterusan Victoria’s Secret untuk menginovasikan produk yang memperjuangkan wanita dan menyokong perjalanan setiap individu. 

See also
Allergic Rescuers KL Berbakti Dengan Tujuh Gadis

Merefleksi mesej VS hari ini adalah untuk setiap wanita, wanita yang dipilih untuk kempen itu adalah gabungan model runway dan wanita yang memberi inspirasi dari seluruh dunia. Antaranya ialah Cello Miles, seorang ahli bomba Nez Perce Tribe; Sofia Jirau, seorang model dan aktivis Sindrom Down; artis pelbagai disiplin MaryAnn Elizabeth dan Jailyn Matthews, seorang jururawat perubatan dan Pilates.

Love Cloud menetapkan standard baharu untuk prestasi keselesaan, menampilkan pada seperti awan dan fabrik lembut apabila menyentuh. Diilhamkan untuk bersifat ringan seperti awan, koleksi ini terdiri daripada teknologi pelicinan untuk memberikan penampilan yang anggun, kukuh dan tali boleh laras sepernuhnya untuk jaminan fleksibiliti sepanjang masa. 

Terdapatkan tiga siluet yang boleh didapati di Malaysia- the smooth demi, half-pad plunge dan push-up plunge, berserta seluar dalam yang sepadan. 

#Victoriassecret
Artikel berkaitan: Louis Vuitton Twist-bersama Wajah Semasa, HoYeon Jung