Trend Micro Shorts Semakin Hangat, Yay or Nay? - Glam Malaysia
Micro Shorts

Trend Micro Shorts Semakin Hangat, Yay or Nay?

Sekeping gambar Kendall Jenner menyarung micro shorts bersama panty hose berleluasa di media sosial, kini ramai yang cuba menirunya. 

Siapa yang tidak sukakan wanita ini, setiap apa yang disarungnya sentiasa tampak cantik terletak termasuklah gaya jalanannya yang mendapat perhatian ramai. Dalam busana simple serba hitam, Kendall dilihat menggendong sejambak bunga matahari sambil menjinjing beg tangan Sardine daripada Bottega Veneta. Gambar itu dirakam pada November tahun lalu sewaktu Kendall baru sahaja selesai sesi penggambaran.

Yang penting, Kendall bukanlah yang pertama menggayakan stail tidak konvensional ini di khalayak ramai. Bella Hadid terlebih dahulu dilihat menyarung trend micro shorts ini sewaktu bersiar-siar di sekitar Manhattan bersama teman lelaki, Marc Kalman. Dia yang mengenakan seluar pendek seperti seluar dalam berwarna putih kemudian bersama panty hose jenis sinar daripada Calzedonia bersama paduan moto jacket daripada Opening Ceremony.

Yang penting, semakin ramai hari ini yang berani mencuba gaya ini. 

See also
Versace La Greca, Sorakan Corak Terhangat Bersama Ameera Khan

Lihat Gaya Micro Shorts Inspirasi Kendall Jenner

#1 @themadisonrae

@themadisonrae

I AM NOT MAD ABOUT IT #tightsarepants #tightsaspants #fashiontrend2023 #fashiontiktok #nycfashion

♬ Escapism. Sped up (Official) – RAYE & 070 Shake

 

#2 @reemghose

@reemghose

a bunch of flowers in my kitchen triggered this 🤠 #grwm #BeTheReasonVisa #kendalljenner #outfit #microshorts

♬ Bejeweled – Taylor Swift

 

#3 @v_andthecity

@v_andthecity

Blazer and ready. #kendalljenneroutfits #kendalljenneroutfitsinspo #tightsaspants #greenscreen #size6fashion #size6outfits #size6style #recreatingoutfits #kendalljenneredit

♬ Pretty Girls Walk – Big Boss Vette

 

#4 @liv.ishak

@liv.ishak

What do we think of the “pantless” look? #kendalljenner #nyeoutfitinspo #greenscreen

♬ Escapism. – Super Sped Up – RAYE

 

Controversial But Cute…

Walaupun look ini agak mencetuskan kontroversi kerana seperti yang kita semua tahu, menjadikan legging sebagai pengganti seluar juga sudah menjadi debat sejak dahulu lagi. Kami rasakan ia sesuatu yang comel digayakan. Mungkin sedikit janggal untuk digayakan sebagai look harian, mungkin anda boleh mencubanya sebagai gaya ke parti. 

 

Pautan Berkaitan: Over-The-Knee Boots Pilihan Fesyen 2023