Wajah Baharu PRADA, Kemunculan Istimewa Bintang THAI “WIN METAWIN” - Glam Malaysia
Wajah Baharu PRADA, Kemunculan Istimewa Bintang THAI “WIN METAWIN”

Wajah Baharu PRADA, Kemunculan Istimewa Bintang THAI “WIN METAWIN”

BUTIK PRADA BERLOKASI DI PAVILION KL KINI TELAH BERUBAH WAJAH. SELEPAS MENJALANI PROSES RENOVASI TERNYATA LEBIH LUAS DAN NYAMAN SAAT BERBELANJA. ACARA PEMBUKAAN SEMULA BUTIK PRADA PAVILION KL DIHANGATKAN DENGAN KEHADIRAN ISTIMEWA BINTANG THAILAND, WIN METAWIN.

Ruang baru butik Prada berkeluasan kira-kira 340 meter persegi. Dibina dua tingkat, menempatkan koleksi wanita dan lelaki yang sedia untuk dipakai, aksesori kulit, kasut dan aksesori fesyen lain. 

Ruang dalam butik menampilkan identiti ikonik jenama Prada itu sendiri, seperti lantai marmar berkotak-kotak hitam dan putih-diilhamkan oleh butik Prada yang asal di Milan. Dan rona hijau pastel, merefleksikan identiti Prada yang bersejarah. Perabot reka bentuk Itali dari tahun 50-an menyempurnakan imej butik. 

Koleksi lelaki yang terletak di tingkat satu, dicirikan oleh nuansa bersahaja, warna hijau berbalas reka bentuk perabot khas untuk Prada. Kaunter logam dan meja paparan kayu bergabung bahan klasik dan moden untuk mencipta tafsiran baharu yang serba menyimbolkan Prada. 

See also
Lisa Blackpink Buat Kemunculan Di Bvlgari Colors

Istimewanya, bintang Thailand, Win Metawin hadir sebagai penyeri utama majlis pembukaan. Dan turut terlihat selebriti merangkap pempengaruh fesyen lokal, seperti Daiyan Trisha, Meerqeen, Lyn Lim, Jane Chuck, Juwei Teoh, Alvin Chong dan Eyka Farhana dalam balutan Prada pada sepanjang majlis berlangsung. 

Artikel berkaitan: UNIQLO X MARNI 22F/W, Sorakan Warna Tanpa Batasan