Wardrobe 02: Apa Yang Perlu Add To Cart Now! - Glam Malaysia

Wardrobe 02: Apa Yang Perlu Add To Cart Now!

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Bottega Veneta adalah one of the coolest brand at the moment dan kini dilancarkan pula koleksi baru Wardrobe 02.

Sejak Daniel Lee duduk di kerusi Pengarah Kreatif Bottega Veneta, jenama ini jadi lebih cool. Ramai insta-girls dan bintang gaya jalanan memilih untuk menyarungkan barangan terbaru Bottega Veneta. Musim berganti, ada sahaja idea menarik Lee yang menarik mata kelompok fesyen. Masuk pula koleksi Wardrobe 02 yang baharu ini. Diteruskan dengan seleksi aksesori yang geliga. Nampak aneh, tetapi menjadi, apabila pandai digayakan. Bottega Veneta mendidik orang fesyen untuk lebih berilmu dalam hal membina gaya peribadi.

THE MOUNT ENVELOPE

wardrobe 02

Rantai besar sudah sebati dengan Bottega Veneta. Ia terus dijadikan esen penting buat perhiasan beg seperti beg The Mount Envelope ini. Dalam rekaan beg yang ringkas dan kemas, ditambah rantai bersaiz chunky untuk menzahirkan gaya melawan trend semasa. Beg ini hadir dalam dua saiz, sama ada medium atau kecil. Serta diperbuat dalam tiga material mewah. Raffaello menggunakan kulit anak lembu dengan kemasan lembut, Saint Germain punya tekstur permukaan berbiji yang kontra dengan tali rantai dan terakhir adalah light suede cachemire bermain dengan material suede berciri lebih mewah.

See also
#ApaSiapaDiMana: PP Krit, Scha Alyahya & Ramai Lagi Di Butik Balenciaga, TRX

THE MOUNT BERMUDA

wardrobe 02

Melihat beg taruhan baru Bottega Veneta yang satu ini, seakan merasakan bahang wanita profesional yang take no for an answer! Kami sarankan jika anda wanita korporat yang hebat dan ligat berfesyen, jadikan beg The Mount Bermuda ini sebagai penambah seri gayamu. Dalam rekaan yang besar mampu memuatkan your MacBoook, sungguh chic jika ke bilik mesyuarat. Lebih menampakkan mewahnya adalah pada pemegang yang diperbuat daripada kayu Mogano.

FLASH CLOGS

Bayangkan supercar yang laju membelah jalan raya! Detuman dan kelajuan itu membuahkan idea pada Daniel Lee dalam tawaran kasut clogs yang baharu ini. Bermain dengan rekaan yang futuristik dan masih mengekalkan struktur muncung kasut yang membulat debati dengan DNA yang dibina oleh Lee buat Bottega Veneta. Outsole Flash clogs ini menggunakan getang yang paling lembut dan mudah disarung dengan keluasan mulut kasut yang besar.

See also
5 Beg Ini Boleh Digaya Setiap Masa,Tidak Kira Situasi

Pautan Berkenaan: 8 Gaya Moden Ala Eva Chen,@evachen212 Patut Cuba