5 Pelakon Yang Tidak Lagi Menjadi Teraju Utama Dalam Filem Hollywood - Page 3 of 5 - Glam Malaysia
5 Pelakon Yang Tidak Lagi Menjadi Teraju Utama Dalam Filem Hollywood

5 Pelakon Yang Tidak Lagi Menjadi Teraju Utama Dalam Filem Hollywood

Untuk terus bertahan dalam industri Hollywood bukanlah tugas mudah. Ia bukan sahaja boleh jadi mencabar, malah juga toksik.

Kala seorang bintang berjaya mencipta nama di layar perak, berpuluh lagi gagal memenuhi jangkaan yang ditetapkan industri Hollywood untuk mencapai impian mereka. Namun ada masanya peminat tidak lagi dapat melihat pelakon kegemaran mereka beraksi di layar perak. Bukan kerana mereka kurang berbakat tetapi untuk kebanyakan kes, puncanya terletak di tangan pengarah dan keputusan yang dibuat diri sendiri.

Ini alasan mengapa lima pelakon Hollywood terkenal ini tidak lagi menerima tawaran untuk memegang watak utama dalam filem.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. Liliane ‘Leelee’ Sobieski

pelakon hollywood

Foto: Pinterest

Pelakon yang pernah tercalon dalam anugerah Emmy ini pernah menjadi rebutan pengarah suatu ketika dahulu. Kerjayanya melonjak pada tahun 90-an selepas berlakon dalam filem seperti Deep Impact, Here on Earth, The Glass House dan Joan of Arc. Pada 2016, Leelee mengumumkan persaraan dari dunia Hollywood untuk memberi fokus pada keluarga dan projek seninya. Filem terakhir yang dibintanginya adalah Branded pada 2012.