5 Selebriti Yang Menjadi Mangsa Seksisme Di Hollywood - Page 4 of 6 - Glam Malaysia
5 Selebriti Yang Menjadi Mangsa Seksisme Di Hollywood

5 Selebriti Yang Menjadi Mangsa Seksisme Di Hollywood

4 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mindy Kaling

Foto: Presley Ann/Patrick McMullan via Getty

Salah seorang penerbit The Office, Mindy mengaku pernah diketepikan dan kredit namanya dipadam daripada senarai penerbit sitkom itu.

Selepas rancangan itu mendapat pencalonan dalam anugerah Emmy, Television Academy memberitahu Mindy yang merupakan satu-satunya wanita berkulit hitam dalam team produksi bahawa namanya akan dibuang daripada senarai.

“Saya diminta mengisi borang dan membuat satu karangan mengenai sumbangan saya sebagai penulis dan penerbit. Saya perlu mendapatkan surat pengesahan daripada penerbit-penerbit lelaki berkulit putih untuk membuktikan bahawa saya benar-benar menyumbang untuk drama tersebut,” katanya kepada wawancara bersama Elle pada Oktober 2019.

Jelasnya dia tidak mahu mengungkit perkara ini kerana turut melalui saat-saat manis ketika menerbit dan membintangi siri komedi tersebut, namun mengakui pengalaman yang dilaluinya itu sangat sukar dan memalukan.