Penyakit Mental Bukan Isu Enteng, Ini 7 Selebriti Yang Hadapinya
7 Artis Kelihatan Normal Namun Bergelut Dengan Gangguan Mental

7 Artis Tampak Normal Namun Sebenarnya Berdepan Gangguan Mental

Penyakit mental bukanlah isu enteng. Pemergian Angus Cloud beberapa hari lalu turut dikaitkan dengan masalah ini.

Menurut keluarganya, aktor Euphoria itu menghidap gangguan mental yang menjadi teruk selepas kematian bapanya seminggu lalu. Perkara itu juga diketahui beberapa rakan selebriti serta pencipta dan pengarah bersama Euphoria, Sam Levinson.

“Tiada siapa dapat menandingi Angus. Dia terlalu istimewa, terlalu berbakat dan terlalu muda untuk meninggalkan kita seawal ini. Dia juga bergelut dengan ketagihan dan kemurungan, sama seperti sebahagian besar daripada kita. Berehatlah dengan tenang dan semoga Tuhan memberkati keluarganya,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sinead O’Connor atau Shuhada’ Sadaqat yang meninggal dunia pada 26 Julai lalu juga mengalami masalah kesihatan penyakit mental. Dia disahkan menghidap gangguan bipolar kesan menjadi mangsa dera ibunya sejak kecil.

Malah dia sering berkongsi pegelutannya di media sosial termasuk dalam memoirnya, Rememberings yang diterbitkan pada 2021. Kesihatan mentalnya menjadi lebih teruk selepas anak remajanya, Shane Lunny meragut nyawa sendiri pada Januari 2022.

Selain Angus Cloud dan Sinead O’Connor, Glam kongsikan lima lagi selebriti yang bergelut dengan masalah penyakit mental

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Shawn Mendes

Pada Julai 2022, pelantun lagu Nervous ini menunda konsert Wonder: The World Tour untuk memberi fokus pada kesihatan penyakit mental. Akuinya, dia mengalami tekanan dan telah mencapai titik kemuncak di mana dia perlu berehat daripada membuat persembahan.

“Saya sedih untuk berkongsi berita ini dengan anda semua, tetapi sayangnya saya terpaksa menangguhkan persembahan selama tiga minggu. Saya telah menjayakan konsert jelajah sejak berusia 15 tahun dan jujurnya, berada jauh dari keluarga dan rakan-rakan adalah sesuatu yang amat sukar. Selepas berbincang dengan pakar perubatan, saya perlu mengambil sedikit masa untuk pulih serta menjaga kesihatan diri dan mental. Itu paling utama,” tulisnya di Instagram.

Kesihatan mental

Foto: Getty Images