Penyakit Mental Bukan Isu Enteng, Ini 7 Selebriti Yang Hadapinya
7 Artis Kelihatan Normal Namun Bergelut Dengan Gangguan Mental

7 Artis Tampak Normal Namun Sebenarnya Berdepan Gangguan Mental

Penyakit mental bukanlah isu enteng. Pemergian Angus Cloud beberapa hari lalu turut dikaitkan dengan masalah ini.

Menurut keluarganya, aktor Euphoria itu menghidap gangguan mental yang menjadi teruk selepas kematian bapanya seminggu lalu. Perkara itu juga diketahui beberapa rakan selebriti serta pencipta dan pengarah bersama Euphoria, Sam Levinson.

“Tiada siapa dapat menandingi Angus. Dia terlalu istimewa, terlalu berbakat dan terlalu muda untuk meninggalkan kita seawal ini. Dia juga bergelut dengan ketagihan dan kemurungan, sama seperti sebahagian besar daripada kita. Berehatlah dengan tenang dan semoga Tuhan memberkati keluarganya,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sinead O’Connor atau Shuhada’ Sadaqat yang meninggal dunia pada 26 Julai lalu juga mengalami masalah kesihatan penyakit mental. Dia disahkan menghidap gangguan bipolar kesan menjadi mangsa dera ibunya sejak kecil.

Malah dia sering berkongsi pegelutannya di media sosial termasuk dalam memoirnya, Rememberings yang diterbitkan pada 2021. Kesihatan mentalnya menjadi lebih teruk selepas anak remajanya, Shane Lunny meragut nyawa sendiri pada Januari 2022.

Selain Angus Cloud dan Sinead O’Connor, Glam kongsikan lima lagi selebriti yang bergelut dengan masalah penyakit mental

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tom Felton

Bintang Harry Potter ini menerbitkan memoirnya, Beyond the Wand: The Magic and Mayhem of Growing Up a Wizard pada Oktober 2022. Ia mendedahkan tentang pergelutan mentalnya dan penyalahgunaan bahan terlarang. “Ia sampai ke tahap di mana saya langsung tidak rasa bersalah minum arak ketika sedang bekerja,” katanya.

Tom Felton berdepan saat sukar dalam hidup selepas francais filem Harry Potter berakhir dan dia memasuki pusat pemulihan sebanyak tiga kali. Dia berharap pengalaman dalam buku biografinya dapat membantu mereka di luar sana yang sedang berdepan situasi sama.

Foto: Getty Images