8 Selebriti Asal Kanada Yang Meraih Kemasyhuran Di Hollywood - Page 8 of 8 - Glam Malaysia
8 Selebriti Asal Kanada Yang Meraih Kemasyhuran Di Hollywood

8 Selebriti Asal Kanada Yang Meraih Kemasyhuran Di Hollywood

Jika anda membuat carian selebriti popular dari Kanada, anda pasti akan menjumpai nama yang biasa didengari seperti Justin Bieber, Celine Dion dan Ryan Gosling.

Melainkan jika anda peminat tegar selebriti Hollwood, anda pasti terkejut apabila mendapat tahu beberapa pelakon dan pemuzik terkenal ini juga berasal dari Kanada. Malah kebanyakannya bukan datang dari ibu kota, tetapi bandar kecil di negara itu.

Teruskan membaca untuk ketahui siapakah bintang kelahiran Kanada yang berjaya mencapai kejayaan luar biasa di Hollywood.

8 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Michael Buble

Penyanyi berusia 47 tahun ini dilahirkan di Burnaby dan dibesarkan di Vancouver, British Columbia. Kini dia bergelar salah seorang penyanyi Kanada paling berjaya dan telah menjual lebih 60 juta album di seluruh dunia. Dua tahun lalu Michael Buble mengakui dia merasakan ikatan istimewa dengan selebriti Hollywood lain yang juga berasal dari negara sama. Akuinya, bintang seperti Seth Rogen, Ryan Reynolds, Justin Bieber dan Chad Kroeger sering menghubunginya untuk bertanya khabar dan memberi sokongan apabila diperlukan.

Foto: Getty Images

 

Foto: CAknowledge

Baca: 7 Selebriti Ini Berkahwin Pada Usia Belasan Tahun