Brad Pitt Dituduh Melakukan Keganasan Terhadap Dua Cahaya Matanya - Page 4 of 4 - Glam Malaysia
Brad Pitt Dituduh Melakukan Keganasan Terhadap Dua Cahaya Matanya

Brad Pitt Dituduh Melakukan Keganasan Terhadap Dua Cahaya Matanya

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bagaimanapun jurucakap Brad Pitt tampil menafikan segala tuduhan yang dibuat terhadapnya.

“Dia menegaskan bahawa ia tidak mencapai tahap penderaan fizikal dan tiada siapa mengalami kecederaan. Dia tidak memukul wajah anaknya dalam apa cara sekali pun. Dia sekadar meletakkan tangan ke wajahnya kerana situasi menjadi semakin tidak terkawal.”

Satu sumber terdekat dengan pelakon itu turut memaklumkan bahawa segala dakwaan yang dibuat oleh Angelina Jolie adalah palsu.

“Jolie terus-menerus mengolah dan membayangkan semula peristiwa yang berlaku enam tahun lalu dengan menambah maklumat tidak benar setiap kali dia gagal mendapatkan apa dimahukan. Kisahnya sentiasa berubah dan berkembang.”

 

Foto: Getty Images

 

Baca: Angelina Jolie Bimbang Keselamatan Keluarga Sewaktu Bergelar Isteri Brad Pitt