DATIN X: Berdesing Telinga Datin Bila Ibu Tiri Muda Dipuja-puja - Glam Malaysia
DATIN X: Berdesing Telinga Datin Bila Ibu Tiri Muda Dipuja-puja

DATIN X: Berdesing Telinga Datin Bila Ibu Tiri Muda Dipuja-puja

Bila umur mak tiri tidak jauh mana, masing-masing kurang senang dan timbullah rasa irihati yang langsung tak masuk dek akal.

Alahai penat melihat posting si ibu tiri muda yang seorang ini menayang gembira laki dan bini. Pening juga melihat yang satu lagi (si menantu), mengeluarkan kata-kata sinis malah nista sambil mengutuk pihak yang satu lagi. Masing-masing berharap ada yang akan kongsikan atau sampailah berita itu ke telinga si musuh tadi. Datin X hanya mampu tersengih melihat perangai kedua-duanya…

Pendapat Datin X, tidak usah lah menunjuk sangat di media sosial.

Ramai mata yang memandang dan banyak yang boleh menghidu bila ada yang tidak kena dengan keluarga-keluarga yang ‘popular’ dan kenamaan seperti mereka di Malaysia ini. Namun manalah boleh tahan perasaan manusia yang penuh dengan rasa dendam kesumat. Masing-masing tidak mahu kalah, apatah lagi mengalah.

Nak dipendekkan cerita, ibu tiri muda, Puan Seri Nuri memang sudah dikenali sebelum berkahwin dengan Tan Sri Yakub.

Anaknya, Datuk Daniel dan menantu, Datin Biba merupakan mutual friends Puan Seri Nuri yakni kenalan socialite ibu kota Kuala Lumpur. Siapa yang tak kenal Puan Seri Nuri dan Datin Biba? Sama lawa dan sama bergaya! Datin X sudah lama kenal mereka berdua, makan bersama, keluar bersama, cuti bersama! Jadi perangai mereka berdua, dalam kocek Datin X sahaja! Bukan nak cakap apa, tapi kedua-dua tak ada beza, sama perangainya! Datin X dengar Datin Biba makan hati berulam jantung bila ibu tirinya dibawa ke serata dunia. Maklumlah sudah kaya dan berharta, tidak perlu bersusah payah bekerja, hanya ikut sahaja buntut suami ke acara dunia. Senang hidup dia!

See also
Datin X: Bila Mertua Bergantung Hidup Pada Menantu

Pautan berkaitan: Datin X: Letih Coverline Bertahun- Tahun, Akhirnya Pecah Jua Tembelang Dato’

Pada Datin X, buat apa Datin Diba mahu mengeluh? Dia juga punya hidup yang senang. Dibawa bercuti ke resort yang beharga ribuan ringgit satu malam, ke restauran mewah hampir setiap hari. Nampaknya dia tidak puas dengan kemewahan dunia yang dimilikinya hingga sanggup memenatkan otaknya memikir dan mendoakan kejatuhan rumah tangga bapa mentuanya sendiri. Puan Seri Nuri sebaliknya tenang- tenang aja. Walaupun ada yang sakit mata dengan penampilan mereka, laki bini namun orang ramai tidak dapat menidakkan betapa lovingnya mereka berdua. Walaupun si suami berperwatakan atuk-atuk dan si isteri masih muda bergetah. Pakaian dulunya yang smart casual dan korperat kini sudah lebih trendy dan branded! Ramai yang screenshot dan mengulas tentang mereka di dalam group chat di What’sApp masing-masing.

Macam mana Datin X tahu? Mestilah Datin X juga ahli group chat itu!

Astaga! Bila menerima berita yang bukan-bukan ini, buat Datin X rasa nak leave the group tapi nanti apa kata mereka berdua. Datin X hanya duduk diam-diam dan hanya menjadi pemerhati tetap. Tidak melagakan, apatah lagi menyampaikan. Getus hati Datin X sendirian.

See also
Kemasan Atelier Untuk Busana Metiers D’Art Chanel

Yang tak sedapnya bilamana kedua- dua mereka tidak bertegur siapa namun sangat updated dengan berita semasa perihal sesama sendiri. Ada yang benar, ada yang ditokok tambah si batu api yang cuba menambah bara api kepada hati yang sedang mengelodak dan membenci. Inilah dia manusia, walau dinasihat namun payah untuk didengar. Bila ada yang mencucuk, maka bara makin marak! Datin Diba mula menjadi gang untuk hanya berkiblat kepadanya.

Artikel sepenuhnya di dalam

atau

Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa