Datuk Lee Chong Wei Dikurnia Cahaya Mata Ketiga - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Datuk Lee Chong Wei Dikurnia Cahaya Mata Ketiga

Datuk Lee Chong Wei Dikurnia Cahaya Mata Ketiga

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Chong Wei baru-baru ini mencuri perhatian apabila menjadi atlet Malaysia pertama diabadikan dalam bentuk patung lilin di muzium terkenal Madame Tussauds, sekali gus individu kedua selepas bintang Hollywood kelahiran Perak, Tan Sri Michelle Yeoh.

Patung lilinnya ditampilkan dalam jersi tanpa lengan dan seluar pendek berwarna biru serta sepasang kasut gabungan rona biru dan hijau limau sambil tangan kanannya memegang raket.

Ia kini dipamerkan di Madame Tussauds Singapura sehingga suku pertama tahun 2023 sebelum dipindahkan secara kekal di Hong Kong.

Dengan penampilan patung lilin itu, dia kini sebaris dengan atlet terkemuka dunia seperti Cristiano Ronaldo dan David Beckham yang turut dibadikan di Madame Tussauds.

Foto: Facebook

 

Foto: Instagram/Twitter

 

Baca: Patung Lilin Datuk Lee Chong Wei Diabadikan Di Madame Tussauds