Henry Golding & Liv Lo Berkongsi Foto Anak Sulung - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Henry Golding & Liv Lo Berkongsi Foto Anak Sulung

Henry Golding & Liv Lo Berkongsi Foto Anak Sulung

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Meninjau Instagram Liv, dia berkongsi satu petikan kata ahli falsafah kuno Cina, Lao Tzu dua hari sebelum melahirkan anak sulungnya. “Alam semula jadi tidak terkejar-kejar, namun segalanya berjaya dicapai,” tulisnya berserta tanda pagar #40weekspregnant.

Ini bukan kehamilan pertama buat personaliti televisyen dari Taiwan itu. Pada November 2019, Henry mengumumkan berita kehamilan anak sulungnya menerusi satu foto di mana dia dilihat mengusap perut isterinya.

Ternyata belum tiba masanya untuk pasangan itu bergelar ibu dan bapa apabila Liv mengalami keguguran. Menerusi imbasan ultrabunyi pertama, kandungan mereka sudah tidak bernyawa pada usia 10 minggu.

Disebabkan pengalaman perit yang dilalui, mereka bercadang untuk melupakan hasrat menimang cahaya mata buat seketika namun rezeki menyebelahi apabila Liv disahkan hamil sekali lagi pada pertengahan tahun lalu. Dan kini mereka telah pun selamat bergelar ibu dan bapa kepada seorang cahaya mata.

Salam tahniah daripada Glam!

Foto: My.asiatatler

Baca: Filem Warner Bros. ‘Crazy Rich Asians’ Memilih Henry Golding Sebagai Watak Lelaki Utama

See also
Puteri Aishah Bakal Melangkah Ke Jenjang Pelamin