Kanye West Samakan Kim Kardashian Dengan Ratu Elizabeth II - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Kanye West Samakan Kim Kardashian Dengan Ratu Elizabeth II

Kanye West Samakan Kim Kardashian Dengan Ratu Elizabeth II

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pada acara tersebut, bapa kepada empat cahaya mata itu dilihat meluangkan masa bersama supermodel Irina Shayk. Mereka dilaporkan bercinta tahun lalu setelah dirakam menikmati percutian romantis di butik hotel mewah, Villa La Coste di Provence, Perancis sempena meraikan ulang tahun kelahiran Kanye pada bulan Jun.

Selepas Irina, Kanye terus dikaitkan secara romantis dengan beberapa lagi model dan selebriti termasuk Vinetria, Yasmine Lopez, Julia Fox, Chaney Jones dan terbaharu adalah Monica Corgan.

Kanye baru-baru ini mengambil keputusan matang dengan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kim atas segala tekanan yang dicetuskan olehnya.

“Dia adalah ibu kepada anak-anak saya, dan saya memohon maaf atas sebarang tekanan yang berpunca daripada kekecewaan saya,” ujarnya.

Foto: Instagram

 

Foto: Eonline

 

Baca: True Love Membongkar Pergelutan Kanye West & Empat Cahaya Matanya