Kata-Kata Terakhir Putera Harry Kepada Jasad Ratu Elizabeth II - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Kata-Kata Terakhir Putera Harry Kepada Jasad Ratu Elizabeth II

Kata-Kata Terakhir Putera Harry Kepada Jasad Ratu Elizabeth II

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Menurut Page Six, Putera Harry hanya mengetahui tentang kemangkatan Ratu Elizabeth menerusi berita, bukan daripada ahli keluarganya atau pegawai istana.

Duke of Sussex sedang berada di Jerman bersama Meghan untuk mempromosikan Invictus Games ketika menerima perkhabaran nendanya yang sedang nazak. Dia kemudian bergegas ke Istana Balmoral untuk menemaninya pada saat-saat akhir tetapi malangnya sudah terlewat.

Bagaimanapun pasangan Sussex sempat menyertai Putera William dan Puteri Kate Middleton dalam acara berkabung selama 10 hari di perkarangan Istana Windsor untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

putera harry

Foto: Getty Images

 

Foto: Getty Images

 

Baca: Putera Harry & Meghan Markle Diminta Tidak Hadir Ke Pertabalan Raja Charles III