Mei tahun lalu, Naomi Osaka telah diangkat sebagai atlet wanita yang terkaya di dunia oleh majalah Forbes. Menurut Forbes, dia telah memperolehi US$37.4 juta dalam tempoh 12 bulan melalui duit kemenangan dan juga penajaan. Dia telah mengalahkan ikon tenis, Serena Williams dengan jumlah melebihi US$1 juta. Sebelum ini. Maria Sharapova memegang rekod ini dengan jumlah US$29.7 juta pada tahun 2015.