Samsung Galaxy Buds Pro Lebih Premium - Glam Malaysia
galaxy buds pro

Samsung Galaxy Buds Pro Lebih Premium

Kini kita banyak masa duduk di rumah. Kerja di rumah susah smestinya digalakkan oleh kerajaan. Jesteru itu, meeting juga banyak dilaksanakan di rumah sahaja. Atas kerana ini, saya secara peribadi mahu invest dalam earphone yang lebih mudah, selesa dan praktikal. Selang beberapa bulan sudah WFH, Samsung hadir dengan earbuds baru mereka yang cukup pro! Kelahiran Samsung Galaxy Buds Pro ini menjanjikan nilai bunyi yang lebih premium!

Earbuds baru di Samsung yang sleek!

Saya bertuah menggunakannya untuk kegiatan harian. Dengan rekaan yan ringkas dan sleek ia menjanjikan sensasi gaya moden pada mata saya. Rekaan bujur yang cukup terletak apda lubang telinga pula memberi rasa yneg lebih selesa jika dibandingkan dengan earphone yang ada di pasaran sekarang. Saya secara peribadi menggunakan dari pagi untuk kegiatan riadah, sambung pula untuk mendengar muzik sambil menulis buat GLAM. Kadang-kadang, diselangi dengan menonton Netflix, juga menggunakan Samsung Galaxy Buds pro.

Mungkin disebabkan saya ini orang pentingkan stail, maka lebih tertarik dengan rekaan bekasn earbuds yang lebih sleek. Ia juga hadir dalam pilihan rona yang mampu melengkapi stail semua. Saya peribadi sukakan item yang kelam, maka pilihan utama pastinya Phantom Black. Warna lain yang ditawarkan adalah perak dan ungu. Bukan hanya tertumpu pada cetusan gaya chic, earbuds ini juga baterinya tahan lebih lama. Boleh dimainkan sepanjang lapan jam, atau lima jam jika kita gunakan sistem Active Noise Cancelling! Ini adalah teknologi yang saya cukup gemarkan, riadah pagi lebih lancar dengan hanya mendengar muzik pilihan sendiri tanpa gangguan pencemaran bunyi luar!

See also
Tabiat Mandi Selebriti Mencetus Perbualan Hangat Di Hollywood

Pautan Berkenaan: GLAM FIRST: Galaxy S21+ Janjikan Gaya Lebih Epik!