Perkembangan Hubungan Putera William & Putera Harry Selepas Pemergian Ratu Elizabeth II - Page 3 of 4 - Glam Malaysia
Perkembangan Hubungan Putera William & Putera Harry Selepas Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Perkembangan Hubungan Putera William & Putera Harry Selepas Pemergian Ratu Elizabeth II

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Katie juga berkata, tidak dapat dipastikan sama ada Raja Charles III akan mengurniakan gelaran putera dan puteri kepada cucunya, Archie Harrison dan Lilibet Diana memandangkan pasangan Sussex tidak lagi bergelar anggota kanan kerabat Diraja Britain.

“Ia bergantung pada apa yang bakal berlaku pada bulan-bulan akan datang, terutamanya dengan penerbitan buku memoir Harry dan program televisyen pasangan itu,” katanya.

Ratu Elizabeth sebelum ini memberi kata putus bahawa anak-anak Putera Harry dan Meghan Markle tidak akan mendapat keistimewaan Diraja jika pasangan itu keluar dari istana. Mendiang dilaporkan sudah terlalu letih dengan segala keputusan mereka.

Foto: Getty Images