Scha Alyahya Kongsi Kisah Lara Alana dan Lila Amina Sempena Hari Ibu
Jika tahun lalu, GLAM berkongsikan pengalaman ‘Motherhood’ buat ibu baru, Neelofa. Tahun 2024, GLAM kembali dengan perkongsian istimewa dalam satu makna yang sama, merai ibu hebat bersama Scha Alyahya.
GLAM memilih Scha Alyahya, yang juga merupakan wajah muka depan GLAM Collector’s Issue pada bulan Mac yang lalu, untuk bersama-sama berkongsi pengalamannya dalam menjalani kehidupan sebagai ibu sepanjang membesarkan dua cahaya mata, Lara Alana dan Lila Amina.
Selain itu, GLAM sempat bertanyakan kepada wanita ini tentang keperibadian setiap ahli keluarganya termasuk sang suami tercinta, Awal Ashaari. Mendalami sisi ibunya, kami dapat rasakan aura seorang ibu yang berjiwa pengasih, bertanggungjawab dan yang paling penting, amat mementingkan keluarganya lebih daripada segala-galanya.
Ikuti GLAM dalam mewawancara Scha, ikon fesyen Malaysia, bersempena hari istimewa ini.
Anak-Anak Adalah Segala-galanya Buat Scha Alyahya…