Serena Williams Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Tenis, Ini Alasannya - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
Serena Williams Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Tenis, Ini Alasannya

Serena Williams Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Tenis, Ini Alasannya

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Serena menegaskan, keluarga adalah alasan utama mengapa dia membuat keputusan berundur dari arena tenis. Puterinya yang kini berusia empat tahun, Olympia telah berkali menyatakan hasrat untuk bergelar ‘kakak’.

Bagaimapun katanya, keinginan untuk membina keluarga tidak akan meletakkan noktah pada kerjayanya jika dia bergelar seorang lelaki.

“Percayalah, saya tidak mahu memilih antara tenis dan keluarga. Bagi saya ia tidak adil. Jikalau saya lelaki, saya tidak akan meluahkan perkara ini kerana saya akan berada di gelanggang tenis dan bermain untuk menang, manakala isteri saya pula akan melakukan kerja fizikal untuk membesarkan keluarga kami.

“Namun jangan salah faham: Saya berbangga menjadi wanita dan menikmati setiap saat membawa Olympia dalam kandungan,” jelasnya sebelum menambah bahawa dia adalah ‘salah seorang wanita menjengkelkan yang suka mengandung’ dan bekerja sehingga penghujung kehamilan.

Serena Williams

Foto: Shutterstock