Kereta Api Ikonik Kembali: Venice Simplon-Orient-Express Istanbul ke Paris Bermula 6 Jun
Bagi peminat pelancongan mewah dan penggemar sejarah, berita ini pasti mengujakan. Bermula 6 Jun 2025, laluan epik Venice Simplon-Orient-Express Istanbul ke Paris akan kembali beroperasi yang mana ia menawarkan satu pengalaman klasik yang jarang ditemui, dalam suasana penuh keanggunan dan nostalgia Eropah lama.
Dikenali sebagai antara kereta api paling mewah di dunia, Venice Simplon-Orient-Express dikendalikan oleh syarikat berprestij Belmond. Ia menggunakan gerabak vintaj dari era 1920-an yang telah dipulihara dengan penuh teliti. Penumpang akan disambut dengan hiasan dalaman berpanel kayu, kerusi baldu empuk, dan pencahayaan art deco yang mencipta suasana romantik seolah-olah kembali ke zaman keemasan perjalanan.

Kredit foto: Belmond
Sepanjang laluan Venice Simplon-Orient-Express Istanbul ke Paris ini, penumpang disajikan dengan hidangan bertaraf Michelin yang disediakan secara langsung oleh chef profesional di atas kereta api. Suasana makan malam amat istimewa dengan kod pakaian rasmi iaitu tuxedo dan gaun malam yang digalakkan. Malah, muzik piano secara langsung menambahkan elemen glamor klasik yang menjadi tanda dagang Orient-Express.
Dengan tempat duduk yang sangat terhad dan hanya beberapa keberangkatan dalam masa setahun, laluan ini amat eksklusif dan sering habis ditempah berbulan-bulan lebih awal.

Kredit foto: Belmond
Termasuk Dalam Pakej Venice Simplon-Orient-Express Istanbul ke Paris
- Pengangkutan Percuma
Anda akan dijemput dari penginapan di Istanbul ke stesen kereta api untuk daftar masuk dan berlepas; setibanya di Paris, pengangkutan disediakan ke penginapan anda di bandar. - Penginapan Mewah
Tiga malam di atas kereta api Venice Simplon-Orient-Express serta penginapan semalaman di Bucharest dan Budapest. - Ekskursi Menarik
Lawatan bandar di Bucharest dan Budapest, pelayaran Sungai Danube, dan lawatan ke Istana Peleș di Romania. - Masakan Tempatan Autentik
Makan tengah hari dan makan malam di Budapest serta makan malam di Bucharest. - Makan Malam Empat Hidangan yang Lazat
Setiap malam di atas kereta api, nikmati menu musim yang disediakan lengkap dengan biskut, papan keju dan chutney. - Wain Pilihan Sommelier
Semua hidangan makan malam di restoran disajikan dengan pilihan wain terpilih oleh sommelier mereka. - Sarapan Perancis di Kabin
Disajikan setiap pagi untuk keselesaan maksimum. - Makan Tengah Hari Mewah
Nikmati makan tengah hari tiga hidangan semasa kereta api menyelusuri, sambil menikmati pemandangan luar tingkap. - Perkhidmatan Steward Khusus
Sentiasa bersedia memenuhi setiap keperluan anda agar perjalanan penuh gaya dan santai.
Apa Yang Perlu Tahu Sebelum Anda Berangkat
Laluan ini bukan sekadar perjalanan, ia adalah satu pengalaman mewah yang dirancang dengan teliti. Tempahan perlu dibuat lebih awal kerana tempat sangat terhad. Penumpang juga digalakkan berpakaian formal tuxedo dan gaun malam untuk makan malam rasmi. Ia menjadi pilihan utama bagi pengembara elit, pasangan romantik, dan mereka yang ingin menikmati Eropah dalam cara yang paling luar biasa.
Sertakan insurans perjalanan, semak keperluan visa untuk negara persinggahan seperti Romania, Hungary dan Austria, serta pastikan pasport anda sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh berlepas.
Laluan & Destinasi

Kredit foto: Belmond
Perjalanan kereta api mewah Venice Simplon-Orient-Express Istanbul ke Paris ini merangkumi lima malam enam hari yang penuh keajaiban. Laluan ini melalui beberapa kota bersejarah memberikan pemandangan landskap menakjubkan serta peluang menyelami budaya tempatan sepanjang perjalanan. Setiap bandar membawa naratif tersendiri, menjadikan perjalanan ini bukan sekadar transit tetapi juga ekspedisi budaya mewah.
Hari 1: Berlepas dari Istanbul, Turkiye
Rasakan debaran permulaan sebaik menaiki Venice Simplon-Orient-Express Istanbul ke Paris. Kabin anda — dihiasi upholsteri mewah, marquetry berkilat dan cahaya lembut menjadi ruang eksklusif untuk kisah anda bermula.
Berpakaian glamor, nikmati aperitif di Bar Car ‘3674’ sebelum menjamu selera di gerabak makan yang diinspirasikan oleh chef Jean Imbert. Hidangan bermusim dan wain eksklusif mengisi malam penuh cita rasa. Hiburan piano langsung dan koktel kreatif melengkapkan malam pertama anda, sebelum anda beradu ketika kereta api meluncur masuk ke Bulgaria.
Hari 2: Tiba di Bucharest, Romania
Mulakan hari dengan sarapan ala Perancis yang dihidangkan di kabin iaitu pastri lembut, jus segar dan kopi wangi menemani perjalanan menuju Romania. Nikmati pemandangan indah melalui tingkap sebelum makan tengah hari.
Setibanya di Bucharest, anda turun dan dibawa dengan bas oleh pemandu pelancong tempatan ke hotel, sambil singgah melihat keindahan bandar. Selepas rehat, bersiaplah untuk malam Romania yang penuh muzik dan hiburan tradisional.

Kredit foto: Belmond
Hari 3: Singgah di Budapest, Hungary
Selepas lawatan berjalan kaki di bandar lama pagi ini, nikmati brunch santai di gerabak makan mewah sewaktu kereta api menuju ke bandar pergunungan Sinaia. Naik bas ke Istana Peles, istana Neo-Renaissance yang dibina Raja Carol sebagai tempat percutian musim panasnya.
Anda akan mengikuti jejak sejarah penumpang Orient Express pertama pernah dijemput ke istana ini pada 1883. Kembali ke kereta api lewat petang untuk menikmati makan malam lazat dan malam penuh pesona menuju Hungary.
Hari 4: Menikmati Vienna, Austria
Tiba di megahnya Budapest pagi ini dan turun untuk penginapan semalam. Nikmati pusingan orientasi bandar dan pelayaran panorama di Sungai Danube, menghayati seni bina indah dan keanggunan kota.
Santap tengah hari dengan hidangan khas Hungary sebelum lawatan berpandu ke Bangunan Parlimen yang terkenal. Selepas itu, diiringi ke hotel dan luangkan masa petang meneroka Buda Castle, kolam air panas terkenal dan taman botani yang memukau.
Malamnya, bersiap untuk makan malam eksklusif di lokasi peribadi.
Hari 5: Perjalanan ke arah barat merentasi lanskap Perancis
Luangkan pagi dengan santai meneroka bandar untuk diri sendiri. Naik semula ke kereta api dan nikmati makan tengah hari sambil meluncur melalui landskap indah Hungary.
Malam terakhir di atas kereta api diraikan dengan makan malam hebat yang disediakan oleh chef ternama. Bersantai di Bar Car ‘3674’, nikmati muzik dan berkongsi cerita bersama rakan-rakan baru.
Hari 6: Tiba di Paris, Perancis
Nikmati sarapan ala Perancis yang santai di kabin anda ketika kereta api melintasi Austria dan Perancis. Gunakan masa ini untuk melihat koleksi cenderahati di butik kereta api.
Kemudian, teruskan ke salah satu gerabak restoran yang elegan untuk makan tengah hari perpisahan yang mewah, lengkap dengan sesi mencuba champagne yang dipandu oleh pelayan profesional.
Setibanya di Paris, turun dan nikmati pengangkutan percuma ke hotel pusat bandar atau sambungan perjalanan seterusnya yang membuka lembaran pengembaraan baru.
Perkhidmatan Atas Kereta Api Venice Simplon-Orient-Express

Kredit foto: Belmond
Kereta api Venice Simplon-Orient-Express Istanbul ke Paris ini menyediakan kabin mewah dengan bilik mandi peribadi, kabin suite, dan kabin Grand Suite untuk pengalaman ultra-luxury. Makanan disediakan oleh chef profesional, menampilkan hidangan Perancis dan Eropah dengan bahan-bahan segar tempatan dari laluan yang dilalui. Anda juga akan menikmati:
- Lounge Bar dengan muzik piano langsung
- Perkhidmatan butler 24 jam
- Pilihan sarapan disajikan dalam kabin
- Minuman eksklusif & wain berkualiti tinggi bagi yang bukan beragama Islam
Waktu Terbaik Untuk Melancong Menerusi Venice Simplon-Orient-Express Istanbul ke Paris
Waktu terbaik menaiki Venice Simplon-Orient-Express Istanbul ke Paris adalah antara bulan Mei hingga Oktober, ketika cuaca Eropah sedang hangat dan pemandangan alam menghijau. Laluan bulan Jun sangat popular kerana cuaca ideal dan siang yang lebih panjang sesuai untuk menikmati pemandangan luar tingkap kereta api.
Apa Yang Perlu Dibawa Menaiki Venice Simplon-Orient-Express Istanbul ke Paris
- Pakaian formal untuk makan malam (tuxedo atau gaun malam)
- Pakaian santai berkualiti untuk siang hari
- Jaket ringan (untuk malam yang sejuk)
- Kamera (landskap menakjubkan sepanjang laluan!)
- Penyesuai plug elektrik Eropah
- Dokumen perjalanan penting (pasport, visa, insurans)
Apa Yang Berlaku Selepas Mengikuti Perjalanan Venice Simplon-Orient-Express Istanbul ke Paris

Kredit foto: Belmond
Sebaik tiba di Paris, ramai pengembara memilih untuk meneruskan pengalaman mewah mereka dengan menginap di hotel butik eksklusif atau meneroka kawasan Champagne atau Loire Valley. Belmond juga menawarkan sambungan pakej seperti pelayaran sungai mewah atau penginapan tambahan di istana dan hotel bersejarah.
Jika anda mengimpikan pengalaman pelancongan yang benar-benar berkelas dunia, maka ini adalah masa yang tepat. Venice Simplon-Orient-Express Istanbul ke Paris bukan sekadar perjalanan, ia adalah lambang keanggunan, warisan dan kemewahan Eropah klasik yang hidup semula di atas landasan.
Artikel berkaitan: Datin Elvina Di Dior Spa Bersama Eastern Oriental Express