Bertemakan Black-tie, majlis Most GLAM 2023 dihadiri oleh VIP Kuala Lumpur dalam balutan gaun-gaun indah. Longines sebagai rakan rasmi memberikan gaya elegan dalam nada yang cukup romantis seakan berada di pinggir kota Itali. GLAM berkongsi antara gaya menarik di malam yang cukup berprestij itu!
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandungan dinamik yang mengangkat nadi gaya aspirasi sekarang. Visinya nan elegan dan progresif terus mendefinisikan wajah baharu generasi semasa.