Pemerah Pipi 3 Warna Naikkan Seri Wajah
Pilihan Editor GBC : Blusher 3 Warna Naikkan Seri Wajah

Pilihan Editor GBC : Pemerah Pipi 3 Warna Naikkan Seri Wajah

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bukan satu warna tetapi sapukan tiga warna pemerah pipi untuk cipta dimensi bentuk wajah lagi bersinar dan bersegi.

Pemerah pipi produk paling penting dalam solekan! Hanya dengan sapuan atau satu dot nipis sudah serlahkan wajah anda yang pucat dan pusam. Trend terkini, untuk tampak lebih dimensi atau punya pelbagai campuran warna. Anda boleh mencuba tiga warna berbeza tona dan blend bersama. Barulah terserlah bentuk epal pipi anda!

Teknik solekan ini mula dicipta oleh jurusolek J.Brandon Correa yang mencipta ilham ‘Stained Glass Blush’. Tekniknya sangat mudah, hanya dotkan setiap warna pada tulang pipi mengikut keselesaan anda. Untuk sapuan sama-rata gunakan berus atau spun lembut agar memudahkan warna bercampur sempurna. Pemilihan tiga warna pemerah pipi ini juga memaikan peranan.

Setiap warna yang dipilih adalah mengikut susunan tona. Anda boleh pilih warna dari lembut, terang dan gelap. Tiga rona ini akan mencipta dimensi berbeza disapukan bersama. Harus diingat, sebelum anda memilih warna pemerah pipi. Kenali warna kulit anda! Jika anda mempunyai kulit yang cerah, pilih rona neutral atau rona sejuk. Kulit sawo matang atau medium skin, pilih warna lebih hangat seperti peach atau rosy pinks. Untuk kulit gelap, pemerah pipi warna deep berry atau hot corals sangat sesuai.

See also
GBC Lulus: Ini 3 Wangian Terbaharu Yang Unik Di TROVE

 

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”