Margot Robbie Dalam 5 Filem Terbaik Selain Barbie
5 Filem Terbaik Lakonan Margot Robbie Selain Barbie

5 Filem Terbaik Lakonan Margot Robbie Selain Barbie

Margot Robbie merupakan salah seorang aktres Hollywood paling berbakat dan menjadi pujaan generasi masa kini.

Bermula dengan Vigilante (2008), namanya melonjak naik setelah membintangi filem komedi gelap The Wolf Of Wall Street pada 2013. Sejak itu Margot Robbie telah menggalas pelbagai peranan dari watak komik Harley Quinn dalam Suicide Squad sehingga atlet bermasalah dalam I, Tonya. Dia pernah menjalin kerjasama dengan ramai sutradara tersohor antaranya Martin Scorsese, Quentin Tarantino dan Adam McKay.

Terbaharu, pelakon dan penerbit ini muncul sebagai watak utama Barbie di samping Ryan Gosling dalam karya arahan Greta Gerwig. Ia berjaya meraih skor tinggi daripada pengkritik filem Rotten Tomatoes (88%) dan IMDb (7.4/10). Filem adaptasi anak patung ikonik itu berjaya mengutip USD1 bilion baru-baru ini dan dijangka mengatasi kutipan The Super Mario Bros. Movie berjumlah USD1.3 bilion.

Berikut lima lagi filem lakonan Margot Robbie yang memperoleh penilaian tertinggi daripada Rotten Tomatoes

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
See also
Staycation & Buka Puasa di Sheraton Petaling Jaya

5. The Wolf of Wall Street (2013)

Skor Rotten Tomatoes: 80%

Filem ini menyaksikan kebangkitan dan kejatuhan broker saham New York, Jordan Belfort lakonan Leonardo DiCaprio. Margot Robbie memainkan watak sebagai Naomi Lapaglia, isteri kedua yang berada di sisinya pada saat paling sengit dalam hidupnya.

Dipuji kerana memaparkan kemerosotan hidup Jordan Belfort yang ekstrem secara telus, The Wolf of Wall Street menerima ulasan positif daripada pengkritik dan meraih kejayaan box-office. Margot Robbie turut meraih pujian atas lakonan hebatnya dan dianggap antara pelakon paling menonjol dalam filem itu.