TUMI Perkenalkan Semula Bagasi Voyageur, Menggunakan Bahan Kitar Semula - Glam Malaysia

TUMI Perkenalkan Semula Bagasi Voyageur, Menggunakan Bahan Kitar Semula

TUMI meraikan koleksi Voyageur yang ikonik dengan siri kempen terbaru ‘Unpack Tomorrow’ yang dibintangi oleh penyanyi-penulis lagu dan pelakon, Reneé Rapp. Kempen tersebut menampilkan koleksi Voyageur, menggunakan bahan kitar semula dalam teras rekaan. Mengukuhkan lagi usaha TUMI terhadap kelestarian dalam fesyen. 

Dibawakan oleh pengarah Todd Tourso, kempen ini mendekati perjalanan peribadi Reneé Rapp yang beragam dan penuh karakter. Turut sama, menggambarkan dunia kembara yang menakjubkan, seterusnya meletakkan TUMI di posisi hadapan dalam dunia nomad. Pelakon yang dikenali melalui program ‘Sex Lives of College Girls’ dan ‘Mean Girls: the Musical’, Reneé Rapp mengetengahkan trik dan cara bintang muda tersebut membawa TUMI ke mana sahaja kerjayanya membawanya. Ternyata ia memberi inspirasi yang penuh makna terutamanya buat peminat juga generasi muda yang mengikuti perkembangan kerjayanya.

Di samping itu, khas dalam kempen ini, himpunan bagasi Voyageur merupakan fokus utama. Yang mana bagasi tersebut menggunakan bahan kitar semula dalam teras rekaan. Membuktikan bahawa isu kelestarian sudah menjadi keutamaan semua pihak untuk menjaga alam semula jadi. 

See also
Solekan Mata Fall/Winter 2015

Koleksi musim bunga 2023 Voyageur mengambil estetik yang minimal dan kemas, lalu mengolah semula dengan bentuk dan saiz yang ultramoden. Disesuaikan untuk peribadi wanita yang profesional dan bergaya. Kemampanan juga telah diutamakan dengan komponen kitar semula juga sebagai ketahanan yang dipertingkatkan. Sistem ketahanan bagasi juga dipertingkatkan. Setiap perincian dan aspek pembuatan diteliti supaya dapat memberi kemudahan pada setiap penampilan. 

Musim bunga ini menawarkan seleksi bagasi dalam pelbagai warna baharu melalui koleksi Voyageur dengan cetakan Lilac, Fog, Mist dan Swallowtail. Setiap rekaan bagasi memiliki kelebih tersendiri, selain itu menepati cita rasa fesyen setiap individu dalam perihal kembara. 

Artikel berkaitan: 3 Clean Product Pilihan GLAM Bulan Ini!