Cara Penjagaan Hijab Yang Betul Agar Kekal Lama

Ini 7 Cara Penjagaan Hijab yang Betul

Tudung adalah aksesori terbaik wanita berhijab. Kerisauan menjaga fabrik dan kualiti hijab agar tahan lama tentu sekali sering berada di ingatan mereka. Apatah lagi bila ia datang dari jenama pereka fesyen antarabangsa, bukan?

Seorang wanita berhijab pasti mahu kelihatan relevan seperti wanita lain tanpa hijab. Kelihatan cantik adalah keinginan yang sangat mendalam buat semua wanita, tetapi bila memakai hijab yang kotor ia boleh menjejaskan kecantikan anda. Ini kerana menjaga kualiti tudung memberikan kesan positif kepada keseluruhan keperibadian anda.

Ya, cucian tudung setiap hari tidak begitu praktikal dan digalakkan oleh semua pemakai hijab. Oleh itu, GLAM senaraikan cara untuk anda menjaga dan pratikkan mulai hari ini.

7 Cara Penjagaan Hijab yang Betul

1. Keringkan Rambut Sebelum Memakai Hijab

Cara Penjagaan Hijab Yang Betul Agar Kekal Lama

Foto: Freepik

Antara sebab hijab berbau bukan sahaja dengan cara penjagaan yang salah tetapi ia juga datang daripada kita sendiri iaitu rambut. Salah satu sebab hijab yang sukar dibasuh untuk membuang bau adalah kerana rambut yang lembab ataupun basah.

Walaupun ia mengambil masa yang agak lama untuk mengeringkan rambut tetapi ia lebih baik untuk berbuat sedemikian sebelum memakainya.

2. Aksesori Memainkan Peranan

Cara penjagaan tudung yang pertama ialah mengetahui cara memakai tudung anda dengan betul. Menggunakan jenis aksesori yang betul seperti pin memainkan peranan penting dalam memakai tudung anda dengan betul.

See also
Lifestyle Guru: Peter Davis

Jangan gunakan sebarang pin yang sudah berkarat kerana ia bukan sahaja mengotorkan tudung anda malah akan merosakkan. Terutamanya jika anda memakai tudung berwarna cerah akan mudah lagi kesan-kesan tersebut untuk nampak. Juga ingat untuk membuang pin yang rosak kerana ia boleh merobek kain.

3. Cuci Kotoran Dengan Segera

Lebih cepat lebih selamat. Mengabaikan sebarang kesan pada tudung anda boleh merosakkan fabrik dan meninggalkan tompok hodoh yang sukar dibersihkan. Kesan ini boleh terjadi apabila kita memakai sunscreen, losen, alat solek, dan sebagainya kerana ia boleh meninggalkan kesan dan merosakkan tudung anda dengan mudah.

Walaupun kemalangan seperti tumpahan tidak dapat dielakkan akan tetapi jika ia berlaku, pastikan anda segera mencuci kawasan yang sudah terjejas dengan kotoran. Lebih cepat anda membasuhnya, lebih baik peluang anda menyelamatkan tudung anda.

4. Handwash

Cara Penjagaan Hijab Yang Betul Agar Kekal Lama

Foto: Freepik

Mencuci tudung menggunakan tangan adalah kaedah yang paling disyorkan untuk mencuci kebanyakan tudung. Walau bagaimanapun, beberapa mesin basuh juga menyediakan tetapan untuk mencuci tangan pada masa kini.

Demi langkah berjaga-jaga gunakan detergen yang sangat lembut dan membilasnya dengan air sejuk. Juga rendam tudung berwarna terang dan gelap secara berasingan bagi mengelakkan pelunturan warna tudung antara satu sama lain.

See also
Koleksi Finale Rihanna x Manolo Blahnik Ibarat Khayalan

Cara pengeringan hijab pula haruslah perlahan-lahan memerah air dan tidak terlalu kuat kerana ia boleh merosakkan fabrik tudung. Jika anda membasuhnya di dalam mesin basuh, pastikan anda memasukkannya ke dalam beg mesh terlebih dahulu dan kemudian basuh menggunakan air sejuk.

Juga, pastikan anda menggunakan pusingan mesin yang sederhana sahaja.

5. Pengeringan Hijab yang Betul

Walaupun kedengarannya agak mudah dan remeh, salah satu hijab yang sering rosak ialah cara pengeringan tudung yang salah. Anda harus mengeringkan tudung dengan betul untuk memastikan ia tahan lama dan dipakai buat tempoh yang panjang.

Cara terbaik untuk mengeringkan tudung anda adalah dengan mengeringkannya daripada menggunakan pengering. Hanya gantungkan tudung anda pada penyidai untuk mengeringkan atau letakkannya di mana-mana permukaan rata untuk mengekalkan bentuknya.

Jangan keringkan betul-betul di bawah cahaya matahari dan sentiasa jemurkannya di luar kawasan yang tidak terjejas. Pengeringan di bawah cahaya matahari langsung boleh mengakibatkan fabrik luntur.

6. Gosok Pada Cetakan yang Bertentangan

Jika anda memiliki sebarang reka bentuk pada hijab, pastikan anda seterika bahagian belakang untuk mengekalkan kualiti cetakan. Adalah lebih baik untuk memilih bahan tudung yang memerlukan penggunaan seterika yang minimum atau tidak langsung.

See also
Erti Romantik Di Sebalik Rona Pilihan Batu Permata DeGem

Juga gunakan steamer untuk menghilangkan kedutan pada hijab. Akan tetapi jika anda memiliki tudung yang memerlukan penyeterikaan, sentiasa pilih tahap kepanasan yang paling rendah kerana kebanyakkan tudung menggunakan fabrik yang sangat sensitif dan mudah untuk terbakar.

7. Menyimpan Di Tempat yang Bersih

Sentiasa simpan tudung anda di kawasan yang bersih dan kering. Maksud di tempat yang kering adalah tidak bersebelahan dengan apa jua pakaian basah yang sedang dikeringkan. Ini akan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan apabila diserap kedalam tudung kita.

Elakkan melipat tudung anda berulang kali pada lipatan atau garisan yang sama. Ini boleh menyebabkan tudung kita mempunyai lipatan yang kekal dan sukar untuk hilangkan kedutan tersebut. Daripada melipatnya, gulungkan tudung anda untuk majlis khas atau pakaian harian daripada melipatnya.

Simpan hijab di tempat yang bersih di mana ia bebas daripada habuk dan akan bertahan lama. Jika anda  mempunyai tudung yang jarang dipakai, simpan sahaja ke dalam bekas yang bertutup. Letakkan apa jua pewangi di dalam untuk melindungi tudung anda daripada serangga yang tidak diingini apatah lagi bau busuk.

Pautan berkaitan: Objek Terbaru Di Bottega Veneta Winter 2022