Pergilah Melancong, Baik Untuk Minda Anak-anak - Glam Malaysia

Pergilah Melancong, Baik Untuk Minda Anak-anak

Bawa anak-anak keluar mengenali dunia asing, perkenalkan budaya dan adam resam mampu merangsang minda lebih cemerlang.

Percutian adalah sesuatu yang sebenarnya diperlukan oleh setiap orang. Lebih-lebih mereka yang bekerja penat membanting tulang demi mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga. Tahukah anda, bercuti mampu memberi kesan baik terhadap kesihatan fizikal dan psikologi anda? 

Menurut kajian yang dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia, jikalau anda dapat meluangkan masa untuk bercuti dan melancong, enam perkara di bawah ini akan dapat dirawat secara serta-merta dalam diri andas

  1. Minda menjadi lebih tenang – melancong dapat mengalih perhatian anda daripada memikirkan tentang tekanan hidup.
  2. Mampu meningkatkan daya kreativiti dan pemikiran – tahap kreativiti seseorang akan lebih berdaya tinggi berdasarkan inspirasi anda di kala waktu melancong.
  3. Kualiti tidur yang lebih baik – tahap kualiti tidur juga akan bertambah baik kerana anda berada di dalam keadaan yang relaks dan gembira. 
  4. Emosi menjadi lebih positif – apabila anda berada di dalam persekitaran yang menenangkan, emosi akan serta-merta menjadi lebih baik. Tambah lagi jika anda melancong ke negara idaman anda.
  5. Risiko sakit jantung berkurang – kajian menunjukkan aktiviti serperti melancong ini sebenarnya dapat mengurangkan risiko sakit jantung!
  6. Kualiti kesihatan secara menyerluruh menjadi lebih baik – sama ada minda dan fizikal, kedua-duanya memberi kesan positif pada diri anda jika anda meluangkan masa untuk memanja diri dengan melancong ini. 

See also
Alpha IVF & Women’s Specialists Lancar Pusat Rawatan Kesuburan Baharu

Sama seperti anak-anak, bercuti mampu mencipta memori baharu untuk mereka. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan. Sama seperti si dewasa, anak-anak akan menjadi lebih tenang malah lebih peka dengan keadaan sekeliling kerana ia akan menjadi sumber interaksi kepada mereka daripada aspek fizikal, sosial, sentuhan serta daya fikiran. 

Bukan itu sahaja, melancong mampu mengeratkan serta memberi memori indah buat anak-anak bersama anda. Jika anda seorang yang aktif bekerja, ambil juga peluang ini untuk mendekati anak-anak. Ini mampu memberi kesan yang baik terhadap mental juga tumbesaran anak-anak.

Lokasi Melancong Terbaik Untuk Seisi Keluarga!

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

1- Maldives

Anak-Anak