Atlet Sukan: The New Fashion Icon?

Atlet Sukan : The New Fashion Icon?

 

Dunia sukan punyai ramai peminat dan personaliti yang mewarnai persadanya tidak kira jenis sukan turut menjadi perhatian. Malah penampilan mereka kala menghadiri acara mendapat tumpuan lensa media dan mula jadi inspirasi. GLAM Lelaki ketengahkan beberapa atlet antarabangsa yang makin menjadi buruan dunia fesyen dan media.

RYAN LOCHTE

Dia bukan sahaja berjaya dalam kerjayanya sebagai perenang, malah personaliti dan sex appeal-nya diangkat sebagai ikon fesyen baru. Gayanya menjadi tumpuan pengikut fesyen dan wajahnya memenuhi acara-acara fesyen besar. Antaranya Calvin Klein.

NY: Calvin Klein Spring 2014 After-Party

 

CHRISTIANO RONALDO 

Dia menjadi rebutan hampir semua jenama gergasi. Tidak kira produk fesyen, gajet mahupun makanan. Ronaldo juga selalu tampil stylish di mana-mana majlis. Tidak hairanlah, gayanya menjadi rujukan ramai lelaki generasi kini.

Cristiano Ronaldo CR7 Promotion

VICTOR CRUZ

Beri apa sahaja tema fesyen, Victor Cruz pasti dapat menonjolkannya dengan sempurna. Pemain ragbi ini ternyata bukan sahaja jaguh sukan, dia juga wajar dijadikan rujukan fesyen terbaik.

See also
Cover Story: Rizalman Ibrahim - GLAM Lelaki Jun 2015

An Evening with Kehinde Wiley and  Spike Lee

NACHO FIGUERAS

Wajah kacaknya terpilih menghiasi kempen iklan Polo Ralph Lauren bermusim-musim lamanya. Setiap kali muncul di majlis-majlis mewah, Nacho sering tampil bergaya.

2014 Fragrance Foundation Awards

Gambar: TPGVIP