Tiada Lagi Sekatan Memandu Terhadap Wanita Di Arab Saudi

Tiada Lagi Sekatan Memandu Terhadap Wanita Di Arab Saudi

Sebagai sebuah negara yang sangat memegang teguh kepada prinsip dan ajaran agama mereka, keputusan Arab Saudi untuk membenarkan golongan wanita di sana untuk memandu merupakan satu langkah yang besar buat pembangunan kaum wanita Arab Saudi.

 

Marwan Naamani/AFP/Getty Images

Walaupun masih banyak lagi yang perlu mereka perjuangkan untuk hidup seperti seorang manusia biasa seperti hak untuk memiliki harta, diskriminasi dalam pekerjaan, bersukan dan of course memandu sebelum ini.

 

Sekatan memandu ini telah di angkat oleh Raja Salman bin Abdulaziz Al Saudhad pada hari Selasa yang lalu selepas hampir tiga dekad wanita Arab Saudi menyuarakan ketidak adilan sekatan ini terhadap mereka sebagai manusia.

 

Berita gembira ini walau bagaimanapun hanya akan berkuat kuasa bermula musim panas 2018. Keputusan ini dipersutujui kerana kempen yang diusulkan oleh anakanda Raja Salman, Putera Raja Mohammed bin Salman dalam usahanya untuk pemodenan negara tersebut dan mengurangkan kritikan masayarakat antarabangsa yang dilemparkan kepada Arab Saudi.

See also
Ikon Fesyen: Rihanna

 

Salah seorang wanita yang terlibat dalam kempen “Women2Drive” Manal al-Sharif menyatakan bahawa impak keputusan yang dibuat ini “mungkin tidak masuk akal bagi mereka berada di luar negara ini, tetapi jika mereka menetap di Arab Saudi, ini merupakan satu perjuangan besar yang telah dimenangi.”

 

Manal yang kini berada di Australia sebelum ini pernah dipenjarakan pada tahun 2011 kerana berkongsikan klip video dia sedang memandu, menyebabkan dia menerima ugutan bunuh.

 

Keputusan ini juga menerima kritikan hebat daripada beberapa orang besar di sana kerana dikatakan melanggar ajaran Wahabi yang mereka amalkan di sana.

 

Di sebalik semua ini, bukan wanita di Arab Saudi sahaja yang menyambut berita ini dengan penuh kegembiraan, malah seluruh dunia juga menumpang kegembiraan mereka dan mengharapkan kemajuan yang positif buat wanita di sana.

 

love to see progression. women will now be able to drive in Saudi Arabia ???❣️? artist: @tagreedbagshi

A post shared by badgalriri (@badgalriri) on

 


See also
Nada Cinta Beyonce Dalam Video Muzik Baru