Tip Makan Angin Di Melbourne

Tip Makan Angin Di Melbourne

MelbourneGambar: Visit Melbourne

 
Terletak di perairan Sungai Yarra, Melbourne adalah bandar kedua di Australia yang mempunyai pelbagai keindahan yang seronok diterokai. Golongan Kosmopolitan dan juga pinggir bandar, peminat tegar bola sepak, pencinta alam, dan bagi yang menggemari seni dan muzik, semua berhimpun di satu bandar yang sama! Mereka yang melancong ke destinasi ini sudah tentu mempunyai pelbagai program untuk dijalani ketika berada di sini!
 
Hotel
Jika anda ingin bercuti sambil mencuci mata, mencari inspirasi atau berkarya, Lyall Hotel amat sesuai kerana kedudukannya yang terletak di Selatan Yarra. Kejiranan ini dibanjiri butik dan restoran mewah mampu memukau para penggemar fesyen yang bercuti di sana! Dekorasi hotel tersebut lebih menonjolkan konsep Oriental kontemporari dengan menggunakan fabrik-fabrik mewah berwarna neutral dan mempamerkan hasil seni lukisan dinding serta perabot ekslusif buatan tangan. Celek mata dan terus menjamu sarapan pagi di Bistro Lyall dengan hidangan yang istimewa, dan pada sebelah malam pula bistro ini berubah menjadi Champange bar! Antara kemudahan lain yang turut disediakan adalah seperti gim, rawatan spa dan servis limosin!
 
Makan
Inginkan suatu hidangan yang ringan, bolehlah singgah ke The Botanical. Deko hiasan perinciannya yang memukau dengan hanya berhiaskan batu granite, penggunaan keluli tahan karat sebagai penghadang tingkap gelas, dan kadang-kala dinyalakan unggun api ketika musim sejuk, adalah sebahagian daripada interior untuk menaikkan seri restoran ketika anda menikmati hidangan gabungan Mediteranien oleh Chef kelahiran British, Paul Wilson. Terdapat ruang dapur dan grill terbuka yang menyediakan hidangan seperti poached dan truffle-crusted Hapuka fillet, dry aged pasture fed black angus sirloin, serta pelbagai pilihan tiram gred A dan tidak lupa sajian enak sarapan pagi.
 
Kunjung
Gunakan masa yang ada untuk mengamati seni bina bangunan di sekeliling dengan menaiki City Circle dan bagi yang menggemari pantai, St. Kilda adalah antara yang menjadi tumpuan pengunjung di sini. Manakala bagi yang ingin mendalami sejarah dan budaya masyarakat tempatan, bolehlah berkunjung ke Collin Streets, Spring Street dan Exhibition Street. Panggung wayang di Bourke dan Russel Streets adalah antara yang terkenal, mungkin anda boleh berseronok menonton teater yang terkini di sana!
 
Kepada yang mahu menonton filem-filem antarabangsa, boleh lah berkunjung ke panggung wayang yang terletak di basement bangunan Sofitel. Dan kepada yang mahu berkunjung ke muzium, kami mencadangkan anda untuk ke Melbourne Museum di Carlton yang mempunyai Aboriginatal Centre, Children’s Museum dan Forest Gallery yang mempunyai lebih 8,000 jenis tumbuhan berserta 120 spesis haiwan hutan seperti katak, ikan dan burung. Menarik sungguh!
 
 

See also
Ikon Fesyen: Caroline De Maigret