Tip Senaman Trainer Selebriti

Tip Senaman Trainer Selebriti

Tidak dinafikan bentuk badan selebriti sentiasa menjadi idaman. Semuanya adalah hasil kerja keras mereka melakukan senaman ditemani jurulatih peribadi. GLAM kongsikan tip dari tiga jurulatih senaman peribadi selebriti terkenal antaranya Jennifer Lopez dan Jessica Alba.
 

JessicaAlbaAnneHathawayGambar: TPGVIP

 

Ramona Braganza

 

Klien: Jessica Alba & Anne Hathaway

 
Konsep: “Angkat berat, kardio dan senaman teras. Sekeping kek coklat bukanlah penamat dunia. Perlu konsisten.”
 
Pengalaman: “Mengembara bersama Jessica Alba ke London, Malaysia, Bahamas, dia tidak berhenti bersenam! Selepas tiga bulan bersalin, dia perlu sarung bikini untuk satu iklan ini. Dua minggu selepas melahirkan, dia mula latihan lima ke enam hari seminggu selama satu jam. Rutin cangkung serta dada, senaman tulang belakang pada bebola stabil dan kickboxing. Selepas dua bulan setengah, dia berjaya menurunkan 20 paun.”
 
Tip: “Senaman lima hari seminggu memang bagus. Tetapi enam ke tujuh hari tidak menjadikan rutin itu lebih baik. Otot sebenarnya berfungsi lebih baik jika diberi masa rehat untuk pulih. Jangan terlalu obses pada skala. Pakaian adalah penunjuk terbaik.”
 

See also
Retorik: Faking It

CameronDLucyLiuGambar: TPGVIP

 
Teddy Bass
 
Klien: Cameron Diaz, Christina Applegate & Lucy Liu.
 
Konsep: “It’s all about your attitude. Hargai apa yang anda miliki termasuklah tubuh anda.”
 
Pengalaman: “Cameron Diaz mahu lakukan aksi lagak ngeri sendiri dalam filem Knight and Day. Jadi fokus lebih kepada kickboxing. Ia merangsang otot seluruh tubuh dan pergerakan berbeza elak kebosanan. Beberapa minit kickboxing, kemudian senaman lompatan serta cangkung. Tidak kira apapun yang diberi, Diaz sentiasa mahukan lebih. Jika kami tidak dapat bertemu, dia akan melakukan latihannya sendiri.”
 
Tip: “Lakukan senaman pada waktu pagi. Anda akan merangsang metabolisme pada hari tersebut.”
 

JLOGwynethPaltrowGambar: TPGVIP

 
Tracy Anderson
 

Klien: Gwyneth Paltrow, Jennifer Lopez & Nicole Richie.

 
Konsep: “Elak bentuk badan terlalu besar dan membentuknya mengikut kemahuan, fokus pada otot lebih kecil. Ia buat bentuk tubuh nampak mantap.”
 
Pengalaman: “Anda perlu rutin sesuai mengikut saiz tubuh. Bersama Lopez, saya mahu kekalkan bentuk pinggul cantiknya sambil bina bahagian lengan serta abdomen. Lebih 45 minit tarian kardio, kemudian memakai pemberat kaki seberat 1.5 paun buat senaman kaki. Rutin bebas pada tangan dan ayunan ringan dumbbell seberat tiga paun. Bagi Richie pula, dia seorang penari hebat! Kami menukar rutin untuk menggabungkan kardio dan senaman otot. Dia tidak pernah berehat.”
 
Tip: “Otot menjadi pintar dan kuat dengan cepat, jadi tukarlah rutin anda setiap 10 hari. Agar senaman jadi statik dan kurang efektif.”
 
 

See also
Front Row di Pentas Chanel Musim Bunga/Panas 2016