5 Pereka Dalaman Paling Berpengaruh

5 Pereka Dalaman Paling Berpengaruh

Pereka-pereka ini terkenal dengan hasil kerja mereka yang seolah-olah mempunyai sentuhan magik dalam setiap ciptaan mereka. Glam Deko memperkenalkan 5 pereka paling berpengaruh.
 

 Philippe StarckGambar: Starck

Philippe Starck
Starck adalah seorang pereka dari Perancis yang terkenal dalam pelbagai bidang, merangkumi aspek reka bentuk dalaman sehinggalah reka cipta produk. Dia gemar mencipta bentuk tidak konvensional dan objek yang bukan sahaja menonjolkan keindahannya, tetapi juga praktikal dengan fungsinya. Beliau mula diikitiraf pada tahun 1982 apabila berjaya menata hias apartmen bekas Presiden Perancis, Farncis Mitterrand’s. Kepingan perabot paling penting pernah direka baliau termasuklah Louis Ghost Chair, Kerusi Ero (S), Bubble Club sofa and armchair, dan bangku La Boheme. orasi.
 

Thomas-ObrienGambar: Interiordesign.net

 
Thomas O’Brien
Berpaksikan pada interpretasi antik, kemewahan, garis kesederhanaan dan warna-warna ringan membentuk identiti pereka tersohor ini. Dikenali dengan gaya American modern, Thomas mula dikenali sejak 1992 apabila menubuhkan butik perabot dan studio interior– Aero Studio di Soho, New York. Malah beliau turut diberi kepercayaan oleh Giorgio Armani dalam menata hias kediaman peribadinya.
 

See also
Interpretasi Kemewahan Versace Home

John-Saladino-545x363Gambar: cj dellatore

 
John Saladino
Pereka dalaman Amerika ini menonjol melalui idea sentuhan minimalis yang menyokong penggunaan ruang yang selesa bersama gabungan perabot bergaya dan terperinci. Pereka ini suka memanipulasi warna dengan menggabungkan warna baru dengan warna lama. Karya-karya beliau termasuk menghias Villa of Mysteries di Pompeii, Itali.
 

Jean NouvelGambar: jeannouvel.com

 
Jean Nouvel
Seorang intelektual yang berkecimpung dalam dunia rekaan serta seni bina, selain rekaan produk dan interior bertunjangkan gaya modernisme. Antara produk rekaannya termasuklah perabot Simplissimo untuk Lignet Roset, Vienna untuk Wittman, Molteni & C, Zeritalia dan kutleri untuk George Jensen. Pereka berbakat dan berjiwa besar ini tidak ragu dalam mencuba segala strategi dan bentuk rekaan.
 

Patricia UrquiolaGambar: patriciaurquiola.com

 
Patricia Urquiola
Namanya tidak perlu lagi diperkenalkan dalam dunia dekorasi antarabangsa. Patricia Urquiola adalah seorang arkitek Sepanyol yang terkemuka dalam dunia reka bentuk dalaman, melalui hasil kerja yang unik dan menarik sejak 1990. Dia berjaya mengolah visual secara mendalam, hasilnya tercipta beberapa jenama seperti Alessi, Cappellini, B&B Italia dan lain-lain serta kolaborasi dengan pereka terkenal dunia.
 
 

See also
Bual Deko bersama Rozita Che Wan