Item Canggih Buat Kediaman Moden - Page 3 of 5 - Glam Malaysia

Item Canggih Buat Kediaman Moden

Dengan kemajuan teknologi masa kini, rumah moden menjadi semakin komprehensif dan 'lebih bijak' berbanding sebelum ini. Sama seperti bagaimana zaman berkembang daripada penggunaan telefon analog ke telefon pintar, adalah perlu untuk memenuhi rumah anda dengan perkakasan terbaru dan canggih bagi menaik taraf kehidupan seharian.

Melalui Fourth Industrial Revolution atau 4IR ia adalah pencapaian terbaik dan membolehkan anda bergerak seiring dengan kemajuan teknologi yang sedia ada. Anda kini berada di era baru di mana peti sejuk boleh disambung kepada sambungan WiFi atau mengawal penghawa dingin melalui aplikasi khusus di telefon pintar anda. Berikut antara perkakasan moden dan canggih yang mesti dimilik untuk kediaman moden anda.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Smart TV- Sony A8G OLED 4K

Sony A8G OLED TV berada di bawah Master Series line up dilengkapi dengan pelbagai ciri premium hebat iaitu empat port HDMI 2.0, tiga port USB yang (USB 3.0 dan USB 2.0), LAN Ethernet Port, RF Input, optical audio output dan sistem pengendalian Android 8.0. Ciri utamanya ialah paparan Dolby Vision HDR dan OLED memberikan kualiti dan pengalaman terbaik kepada penontonnya. Hadir dalam saiz 55 dan 65 inci.