Kediaman - Moden Ekologi - Glam Malaysia

Kediaman – Moden Ekologi

Penyelaras & Teks : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Soo Phye

 

 

Janda Baik, tanah hutan pinggir bandar yang masih kekal tidak terusik dek pembangunan moden. Dua unit lot tanah setiap satu berkeluasan 1 ekar, di lereng bukit Tanarimba, Janda Baik dibeli tanpa ragu oleh ahli perniagaan, Kong Hock Sian. Dia kemudian menjalin kerjasama dengan arkitek tempatan. Ar. Melvyn Kanny bagi merealisasikan sanggar persinggahan idaman. Melvyn dipertanggungjawabkan untuk membina satu unit banglo sebagai rumah rehat yakni rumah induk dan satu unit banglo lagi untuk kegunaan anak-anak Kong yang juga berfungsi sebagai rumah tetamu.

 

“Saya mahukan sebidang tanah yang dapat memberikan keluasan ruang untuk bercucuk tanam, membina taman landskap dan tentunya tidak begitu jauh dari ibu kota Kuala Lumpur (hanya 1 jam pemanduan kereta). Tanah ini  mempunyai segala faktor yang diingini oleh saya untuk membina retreat house dan mungkin rumah persaraan,” cerita Kong.

 

See also
Laporan Fesyen: Semangat Minimalism

Banglo dua tingkat dibina di lereng bukit curam menyajikan saujana pemandangan tiada tandingan. Seni bina banglo berkonsepkan moden ekologi mengadaptasi landskap tanah semulajadi Janda Baik yang berbukit-bukau dalam struktur seni bina kedua-dua banglo. Setiap ruang yang ada memiliki karakter tersendiri dan setiap bilik dibina tanpa lekuk 90 darjah. Malah, Melvyn menekankan setiap ruang direka agar penghuni dapat menikmati keindahan persekitaran semulajadi tanpa halangan dari dalam mahupun luar kediaman. Melvyn adalah pemilik firma arkitek, MJKanny Architect terkenal dengan kepakaran membina struktur rumah bersistem ekologi, mampan tenaga dan moden.

 

“Projek dua unit banglo ini tidak banyak beza dengan projek saya terdahulu. Banglo direka bentuk dengan kemampanan dan sudut pandang ekologi. Apa yang berbeza adalah bentuk muka bumi, pemandangan landskap dan ruang tanah yang besar untuk kami laksanakan,” jelas Melvyn.

 

Malah, Melvyn menjelaskan suhu iklim di Janda Baik yang sejuk dan menyamankan, membolehkan banglo dibina tanpa kebergantungan pada penghawa dingin; sebaliknya aliran udara semulajadi keluar masuk dikaji secara teliti untuk memastikan setiap ruang yang dibina dapat membawa masuk angin secara optimum. Melvyn turut membina satu turbin angin atas tujuan bereksperimentasi dengan kemasukkan angin dingin.

See also
Cantik Dalam Masa 30 Hari

 

 

Slide untuk lihat gambar. 

1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ruang tamu minimal dan cerah dalam simbahan cahaya siang menerusi tetingkap labuh dan reka bentuk siling tinggi berganda.