Ruang - Maksima Ruang Kediaman - Page 2 of 4 - Glam Malaysia

Ruang – Maksima Ruang Kediaman

Saiz kediaman yang semakin terhad menjadikan anda perlu semakin bijak untuk memaksimakan ruang. Jangan bazirkan ruang kerana selain nampak kemas ia juga mampu menambah elemen dekorasi pada ruang-ruang tertentu. 

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kemas Kini Dapur

Secara asasnya dapur sememangnya menggunakan kabinet untuk penyimpanan bahan masakan juga perkakasan lain seperti bekas kedap udara dan sebagainya. Rekaan yang menarik penting untuk memastikan ia nampak cantik dan mengangkat tema dekorasi keseluruhan ruang dapur. Pastikan saiz ruang dan warna pilihan menjadikan anda menjadikan ruang dapur kelihatan kemas dan teratur. Kini banyak teknologi yang memaksimakan ruang seperti rak khusus penjuru atau rak gelangsar untuk ruang kecil tersembunyi.