Ahirine Ahirudin Bergaya hebat Dengan Breitling Navitimer 32 Dan 36 - Glam Malaysia

Ahirine Ahirudin Bergaya hebat Dengan Breitling Navitimer 32 Dan 36

Kenali Ahirine Ahirudin, pelakon baharu yang aktif dengan aktiviti lasak serta mampu tampil menawan dengan jam tangan Breitling Navitimer 32 dan 36.

Memperkenalkan Ahirine Ahirudin – seorang wanita menawan dengan bakat dan semangat yang tidak dapat dinafikan. Aura magnetnya dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi menjadikannya individu yang patut diraikan. Minatnya dalam sukan permotoran dan muay thai, memberi keghairahan kepada Ahirine sehingga amat sepadan dengan semangatnya yang mencabar dan menyala. Sentiasa ditemani oleh Breitling Navitimer 36 yang dipercayainya, dia bersedia untuk menakluki dunia.

Bekerja dalam industri yang kebanyakannya didominasi lelaki tidak menghalang Ahirine daripada mengejar impiannya. Dia tidak berhenti berusaha untuk memastikan suaranya didengari dan sumbangannya diakui sewajarnya.

ahirine ahirudin

“Sebagai wanita yang kuat, saya berusaha untuk membuktikan bahawa saya boleh mempertahankan diri dan berjuang apabila perlu. Saya mendapat inspirasi daripada wanita lain yang berkongsi minat dan telah mengatasi cabaran mereka sendiri. Kisah mereka telah mengajar saya bahawa kekuatan bukanlah bakat semula jadi tetapi kualiti yang boleh kita pupuk melalui tindakan dan disiplin diri sendiri,” jelasnya.

Selain sukan permotoran dan latihan buat pertandingan Muay Thainya yang akan datang, Ahirine juga merupakan bintang yang sedang bersinar dalam bidang lakonan dan dia lakukan semua dengan penuh elegan.

ahirine ahirudin

“Tiada jalan keluar yang mudah. Saya hanya perlu memperuntukkan masa saya dengan sewajarnya. Sebagai contoh, saya akan mendedikasikan hari Isnin saya untuk sukan motor, hari Rabu untuk kelas lakonan dan sepanjang hari di antaranya untuk muay thai. Selain itu, saya selalunya akan memilih satu hari dalam seminggu untuk berehat,” katanya.

See also
GLAM DEKO: The Fine Touch

Jam tangan Navitimer 36 menjadi pelengkap kepada Ahirine. Tetapi Navitimer 32 tidak terlepas daripada pandangan. Navitimer 32 dikuasakan oleh Breitling Caliber 77 dan mempunyai dail mother-of-pearl yang elegan, yang turut hadir dalam warna merah jambu dan biru muda.

Dengan pelancaran kempen Navitimer 36 dan 32 terbaharu, Ahirine menyatakan bagaimana Breitling cucuk secocok dengan gaya hidupnya yang dinamik dan melangkaui sempadan.

“Sebagai seorang pelakon, penggiat Muay Thai dan peminat perlumbaan kereta, dan pelumba yang gemar berbasikal, saya sukakan apa sahaja tentang adrenalin. Dengan teknologi ketepatan dan prestasinya, Breitling ialah teman yang sempurna buat semangat berani saya. Apa yang menjadikan Breitling lebih istimewa ialah resonansinya dengan wanita yang enggan terikat oleh norma dan tanggapan masyarakat. Ia melambangkan pemerkasaan buat wanita seperti saya yang menerima cabaran, mengharungi halangan dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama. Komitmen Breitling terhadap kualiti dan inovasi mencerminkan semangat saya untuk kecemerlangan dalam semua yang saya lakukan. Dengan Breitling, saya membawa bukan sahaja jam tangan tetapi semangat pemerkasaan wanita dan limitless possibilities. Ini adalah peringatan bahawa sebagai wanita, kita boleh mencapai apa sahaja yang kita fikirkan, tanpa sempadan dan dengan bergaya.”

Matahari baru mula terbit di kaki langit, Ahirine tiba di Merican Muay Thai bersedia untuk menghadapi hari ini. Gaya santai dan sikap tegasnya jelas kelihatan apabila dia melangkah masuk ke pintu. Selepas menyambut kru dengan senyuman dan bersedia buat dandanan dan solekan, kami duduk bersama bintang yang semakin meningkat itu untuk berbual tentang apa yang membuatnya menonjol daripada orang ramai.

See also
Persinggahan Baton Nan Ikonik

Berikut ialah semua yang anda perlu tahu tentang bintang berkarisma Ahirine Ahirudin

Bagaimana anda menggambarkan diri anda?

Luar biasa tetapi masih terkawal!

Apakah masa kegemaran anda dalam sehari?

Mendapat tidur malam yang nyenyak dapat membantu badan pulih selepas hari yang panjang dan meletihkan.

Daripada suka bermotor hingga muay thai, apakah yang mendorong anda untuk jatuh cinta dengan sukan ini?

Saya mendapat inspirasi dalam kisah wanita lain yang berkongsi minat yang sama. Pengalaman mereka telah mengajar saya bahawa kekuatan bukan semula jadi tetapi sesuatu yang boleh kita pupuk melalui tindakan dan disiplin kita. Sukan yang saya minati selalunya sengit dan menggembirakan, mencerminkan sifat pengembaraan dan keseronokan saya.

Ada ikon tertentu yang anda kagumi atau pandang tinggi?

Tan Sri Michelle Yeoh.

ahirine ahirudin

Bagaimana persiapan anda buat pertandingan muay thai?

Saya telah melakukan segala persedian. Saya berlatih dengan teliti, memberi semangat setiap hari di hadapan cermin, dan mengelakkan tabiat tidak sihat yang boleh menghalang prestasi saya. Pada ketika ini, saya sudah bersedia sebaik mungkin. Sudah tentu, keputusannya tidak pasti, tetapi saya berazam untuk memberikan segalanya.

Tahniah atas filem terbaharu anda ‘Tebus’ – bagaimana perasaan melakonkan beberapa adegan penuh aksi dalam filem ini?

Rasanya hebat! Saya suka apabila filem menggambarkan wanita boleh beraksi hebat. Rasanya memberi kuasa, dan saya berharap dapat memberikan semua penonton saya masa yang menghiburkan!

Dengan jadual yang padat, ia boleh menjadi sukar untuk mengimbangi segala-galanya. Bagaimana Breitling Navitimer 36 mampu untuk menjejaki tempat yang anda perlu berada?

Menguruskan jadual yang sibuk boleh menjadi sukar, tetapi Breitling Navitimer 36 telah menyenangkannya. Jam tangan yang elegan ini menambahkan sentuhan kecanggihan pada kehidupan harian saya dan membantu saya kekal di landasan yang betul.

See also
GLAM Horologi: Magis Rimba

Ketepatan dan kebolehpercayaan Navitimer 36 tidak dapat ditandingi, menjadikannya teman yang sempurna untuk seseorang yang mempunyai jadual yang padat. Selain itu, ia membolehkan saya menukar antara zon waktu dengan mudah apabila saya kembara, yang amat berguna memandangkan komitmen saya yang kerap. Apa yang lebih mengagumkan ialah betapa lancar jam tangan ini menggabungkan gaya dengan fungsi. Ia adalah aksesori cantik yang melengkapkan apa jua stail, sama ada saya menghadiri acara atau sekadar menjalani hari saya. Ia berfungsi sebagai peringatan bahawa saya boleh mengekalkan gaya saya sambil menguruskan pelbagai tanggungjawab.

Pada dasarnya, Breitling Navitimer 36 bukan sekadar jam tangan; ia adalah item yang memberi kuasa kepada saya untuk mengawal jadual saya dan kekal teratur, sambil menunjukkan keyakinan dan kecanggihan.

Dalam tiga perkataan, apakah Breitling Navitimer 36 dan 32 dimata anda?

Eksklusif, Keanggunan, Pemerkasaan.

Dalam 20 tahun ke hadapan, apakah yang anda mahu lihat dalam hidup anda?

Saya ingin melihat diri saya tenang dan berpuas hati dengan semua yang saya lakukan hari ini. Sudah tentu, kecergasan yang tinggi untuk kesihatan yang baik. Tetapi saya tidak fikir saya mahu menjalani kehidupan yang sengit apabila saya lebih tua. Saya ingin sihat, berpuas hati dan gembira.

Artikel Berkaitan: Kembara Breitling, Charlize Theron Bersama Navitimer