Bell & Ross Buka Butik Terkini di The Exchange TRX
bell & ross

Bell & Ross Membuka Butik Terkini Di The Exchange TRX

Selepas membuka pintu di Pavilion Damansara Heights, Bell & Ross kini bangga dengan butik terbaru mereka di The Exchange TRX bagi memenuhi permintaan audien yang makin meningkat naik.

Satu persatu gedung membeli belah utama sekitar kota mempunyai kelibat jenama jam ini apatah lagi pasaran dunia jam tangan makin memuncuk. Setiapnya mempunyai audien yang tertentu dan tidak pernah kosong tanpa tetamu yang mahu mengenali tentang Bell & Ross dengan lebih dekat. Maka, jenama jam tangan mewah ini tidak mahu ketinggalan dalam membuka butik terkini mereka di The Exchange TRX, gedung mewah yang bakal menjadi destinasi membeli-belah paling hangat.

bell & ross

Butik di The Exchange TRX ini terus mengekalkan identiti jenama jam tangan ini yang kaya dengan reka bentuk serta menghargai fungsi yang bagus. Rekaan dalaman diinspirasi daripada badan pesawat serta dipadukan dengan dekorasi kayu yang cukup sofistikated. Ruang utama memberikan satu suasana. yang cukup mengagumkan dengan penggunaan tekstur mineral digunakan sebagai asas rekaan. Marmar hitam diletakkan kerana ia adalah rona yang cukup dekat dengan Bell & Ross.

See also
Top Time Deus Edisi Terhad Breitling

Lampu monolitik tersergam indah di tengah-tengah butik ini, lantas cahayanya melatari segenap ruang penting. Butik ini mempertontonkan pelan susun atur yang cukup bagus selari dengan DNA jenama jam tangan ini yakni kefungsian dalam bahan, gaya abadi dalam bentuk rekaan.

Pemilihan membuka butik di The Exchange TRX juga adalah bagi membuka pintu jenama ini kepada satu pasaran baharu di Malaysia. Lokasi ini adalah daerah hub kewangan yang terkini buat Kuala Lumpur. Maka ia menjadi lokasi prima dan seterusnya satu komitmen yang penting kepada Bell & Ross dalam memberi servis kepada para profesional yang menuntut ketepatan dan gaya pada jam tangan mereka.

Artikel Berkaitan: Life at the Centre bersama The Exchange TRX