Vanguard Slim Skeleton Taruhan Baharu di Franck muller
vanguard slim skeleton

Franck Muller Memperkenalkan Jam The Vanguard Slim Skeleton

Franck Muller, The Master of Complication cukup bangga dengan kelahiran jam tangan ultra-thin slim mereka yang disertakan teknologi skeleton, self-winding dan seni pergerakan in-house dalam rekaan moden juga edgy buat The Vanguard Slim Skeleton.

Jam tangan dengan gerakan skeleton pada Vanguard Slim Skeleton oleh Franck Muller ini direka dengan bentuk lengkuk lebih elegan dan lembut. Rekaan itu disengaja berlawanan dengan keteguhan dan kekuatan bekas Vanguard. Tetapi, nombor pada koleksi Vanguard ini dikekalkan dalam sentuhan yang sama agar kekal identitinya. Apa yang menarik bagi jam tangan baharu ini adalah saiz bekas berukuran V 37, maka sesuai dipakai oleh wanita mahupun lelaki.

Himpunan terkini ini hadir cukup nipis yakni 9.1 mm dan disertakan bersama 38-jam rizab kuasa. Ia mengekalkan rekaan sporty yang boleh dilihat daripada bentuk asal koleksi Vanguard. Pada sisi jam dibiarkan dengan garisan yang lebih mulus agar mampu memancarkan idea lengkuk yang wujud pada bekas jam tangan. Vanguard Slim Skeleton ini juga masih mengimbangi gaya tiga dimensinya yang kelihatan pada V 41.

See also
Let's Add Colours, Pertandingan Mewarna Eksklusif Untuk Kanak-Kanak Hanya Di Sunway Putra Hotel

Dek kerana bekas jam tangan yang cukup nipis, artisan di Franck Muller mencipta gerakan yang unik hanya buat Vanguard Slim Skeleton. Setiap komponen dipotong lebih berhati-hati, open-worked, digilap dengan tangan dan pembuatan yang halus bagi mendapatkan seni dalaman yang selari dengan kebijaksanaan para artisan. Lantas memberikan cabaran baharu dalam seni pembuatan horologi dalam bekas yang nipis dan masih kekal cantik dan mempunyai teknologi yang maju.

Artikel Berkaitan: Keterujaan Mainan Rona Franck Muller