Jejaka Horologi Terhangat - Page 2 of 6 - Glam Malaysia
Pria Horologi Terhangat 01

Jejaka Horologi Terhangat

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Free-spirited Avant-garde

Rumah arloji teragung asal Swiss, Audemars Piguet mengalu-alukan kedatangan Mark Ronson sebagai wajah terbaru jenamanya. DJ terkemuka ini juga merupakan penulis lagu serta penerbit rekod yang sudah memenagi anugerah Oscar, Golden Globe dan Grammy sebanyak 7 kali. Pendekatannya dalam memperdengarkan muzik berspirit bebas lagi bersahaja, membiaskan identiti Audemars Piguet dalam memadukan kesinambungan tradisi serta seni ketukangan avant-garde. Kolaborasi Ronson telah memperdengarkan karya ikoniknya bersama mendiang Amy Winehouse, Adele, Lady Gaga, Miley Cyrus dan Queens of the Stone Age.

Pria Horologi Terhangat 02

Bertitik tolak dari itu, usahanya dalam mewarnai lapangan seni muzik global menganugerahkannya Producer of the Year menerusi album Back To Black bersama Amy Winehouse dan Record of the Year untuk lagu ‘Uptown Funk’ dendangan Bruno Mars. Pada tahun 2018, Ronson beroleh kejayaan terbesar dalam kerjaya muziknya dengan mengungguli trofi Oscar untuk penulisan lirik menerusi ‘Shallow’ nyanyian Lady Gaga dan Bradley Cooper buat soundtrack filem A Star Is Born. Ternyata perkongsian ini bakal memperlihatkan lebih banyak kejutan untuk tahun serta bulan yang mendatang.

See also
Si Erotis Merah