Legasi Gerald Genta - Page 2 of 4 - Glam Malaysia
Legasi Gerald Genta 01

Legasi Gerald Genta

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Patek Philippe

Keriuhan yang menyelubungi karya Nautilus dari Patek Philippe barangkali tidak akan pernah luluh. Sekalipun sudah tampil dalam pelbagai versi serta rinciannya. Walaubagaimanapun, rumah arloji ini tampil menarik perhatian para pemujanya tahun 2021 dengan penghentian produksi Ref. 5711/1A; namun digantikan dengan model baru Ref. 5711/1A. Arloji ikonik ini kini diperlihatkan dengan laman dail gaya sunburst rona hijau zaitun.

Legasi Gerald Genta 03

Nautilus 5711/1300A (kanan) dan Nautilus Travel Time Chronograph 5990/1R.

Turut memaparkan versi dengan dail yang sama, namun dihiasi dengan bezel bertatahkan berlian potongan baguette, Ref. 5711/1300A. Patek turut sama mempertontonkan barisan terbaru Travel Time Chronograph 5990/1R dalam emas merah. Diserikan dengan laman dail sunburst biru, perincian dalaman dari jarum dan indeks masa juga berlapis emas merah lalu disuntik cat kilau. Jam tangan berdiameter 40.5 mm ini disempurnakan dengan tali gelang sistem bersepadu.