Glam Malaysia GLAM Plus - menu

Menu Sejuk Beku Ini Sesuai Buat Ibu yang Sibuk

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Si kecil anda penggemar menu ala Perancis yang lazat? Katakan bonjour kepada Picard! Menu makanan sejuk beku terbaik Perancis ini bakal membuat si kecil anda tambah sayang kepadamu!

Marks & Spencer telah melancarkan Picard ke dalam seleksi makanannya yakni jenama menu makanan sejuk beku yang terkenal di Perancis. Rangkaian baharu yang penuh inspirasi ini ditetapkan untuk meningkatkan citarasa masakan terbaik! Koleksi yang menarik perhatian dengan menampilkan menu canapés yang lazat, Goats Cheese & Spinach Pastry yang dibuat dengan keju kambing segar, untuk pencuci mulut yang memanjakan seperti Fondant Coklat, yang lazat seperti resepi buatan sendiri.

Marks & Spencer menumpukan pada perkembangan rangkaian makanan keseluruhannya dan meluaskan pilihannya untuk pelanggan dengan hidangan mudah untuk keluarga yang sibuk. Semuanya dengan kualiti hebat Marks & Spencer yang sama seperti pelanggan dikenali dan tersayang. Koleksi baru ini telah dipilih khas dan menampilkan 97 hidangan Perancis, sampingan, canapés , pencuci mulut dan hidangan roti kegemaran daripada pelanggan Picard. Sama ada anda merancang bekal makan tengah hari anak di sekolah atau makan malam setelah lewat pulang ke rumah, semak halaman sebelah untuk rujukan dan inspirasi.

See also
Resipi Mudah Untuk Meraikan Tahun Baharu Cina