Meraikan Planet OMEGA Bersama Cindy Crawford Dan Kaia Gerber - Glam Malaysia
Kaia Gerber Cindy Crawford

Meraikan Planet OMEGA Bersama Cindy Crawford Dan Kaia Gerber

GLAM terbang ke New York City untuk meraikan Inspiring Women Night bersempena pameran Planet Omega bersama supermodel juga duta, Cindy Crawford dan Kaia Gerber.

Cinday Crawford dan Kaia Gerber; pasangan ibu dan anak yang merupakan dua generasi supermodel yang cukup besar dalam dunia fesyen antarabangsa. Kedua-duanya juga merupakan duta untuk jenama jam tangan yang cukup ikonik Switzerland, OMEGA. Bersempena dengan pameran Planet OMEGA, GLAM terbang ke New York City untuk meraikan Inspiring Women Night yang menyaksikan kehadiran dua jelitawan tersebut.

 

planet omega New York

Planet OMEGA exhibition telah diadakan di Chelsea Factory di kota New York sehingga 19 November 2023. Pameran ini mempersembhakan kekayaan sejarah dan warisan OMEGA dengan menampilkan seleksi jam tangan ikonik yang didekasikan kepada enam ketegori. Pengunjung dapat merasai pengalaman unik dan luar biasa melalui kategori seperti Sport & Olympic Games, Space, Ocean, James Bond, Friends, serta Precision.

Inspiring Women Night bersama Cindy Crawford dan Kaia Gerber

Model fesyen legenda, Cindy Crawford mula menajdi duta OMEGA yang pertama sejak tahun 1995 lagi. Kerjasama yang rapat antara duan ama ikonik ini seperti perhubungan kekeluargaan. Cindy telah menghadiri pelbagai acaradi seluruh dunia, selain telah membintangi kempen selaku wajah koleksi Constellation. Cindy Crawford kini antara wajah yang paling dikenali di seluruh dunia.

See also
GLAM 101: Cindy Crawford

Cindy Crawford

“Saya sudah bersama OMEGA hampir 30 tahun. Ia merupakan jenama yang saya sangat hargai, dan kami telah berkongsi pengalaman bersama sudah bertahun-tahun. Pameran ini seperti memberikan peringatan kepada warisan OMEGA yang cukup kaya. Saya berasa bangga kerana kami membesar bersama, dan sentiasa menyokong antara satu sama lain dalam pelbagai cara,” kata Cindy Crawford di kota New York.

Mengikuti jejak langkah ibunya, Kaia Gerber membawakan energi muda dan stail tersendiry kepada lapangan fesyen dunia. Dia yang telah membesar bersama OMEGA, dan secara naturalnya dia kini menyertai keluarga OMEGA selaku duta jenama jam tangan itu sejak tahun 2017.

Kaia Gerber

“OMEGA telah menjadi sebahagian daripada kehidupan saya sejak dari mula lagi. Saya sentiasa mencintai kualiti dan desain yang ekspresif yang mereka hasilkan. Dan juga impak yang mereka berikan kepada dunia selain pembuatan jam tangan. Sama ada terbang ke buland ataupun menjaga masa untuk sukan Olympic. Ia sangat menyeronokan menjadi sebahagian daripada jenama ikonik ini,” kongsi Kaia Gerber kepada tetamu pada Inspiring Women Night.

See also
Kendall Jenner Disaman Rumah Fesyen Itali, Liu Jo Sebanyak RM7.6 Juta

Planet OMEGA Exhibition di New York City

Kedua-dua Cindy dan Kaia ini menyertai sesi perbincangan ketika lawatan istimewa mereka di Planet OMEGA. Mereka telah berkongsikan mengenai perjalanan karier masing-masing, selain hubungan mereka bersama OMEGA dan masa. Mereka sempat merefleksikan pengalaman bersama mereka buat pertama kali bersama OMEGA Pada 2014. Ketika itu, mereka berdua terbang ke Peru untuk penggambaran “The Hospital in the Sky” iaitu sebuah dokumetari jenama mengenai Orbis International dan perjuangan melawan rabun dan buta mata.

Planet Omega

Pameran Planet OMEGA ini menampilkan seleksi jam tangan dan kisah-kisah menarik dari sepanjang dekad. Antara koleksi yang menjadi tarikan utama pengunjung adalah jam tangan OMEGA yang dipakai oleh legenda muzik, Elvis Presley. Juga menampilkan jam tangan OMEGA Slimline yang pernah dipakai oleh Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy ketika majlis mengangkat sumpah sebagai president pada 1961.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia)

Planet OMEGA kali ini telah diadakan di Chelsea Factory di New York pada 10 sehingga 19 November 2023.

See also
Rias Wajah Dengan Solekan Natural Glow

 

Baca lebih lanjut: 7 Jam Tangan Wanita Yang Termahal Di Dunia