GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

MAYA KARIN

Selebriti terkenal tanah air iaitu Maya Karin tidak pernah menghampakan kaki wayang dengan lakonannya yang sentiasa membekas di hati. Maya terus rancak sehingga berjaya merangkul anugerah di dalam negara dan peringkat antarabangsa. Bagi Maya, berlakon untuk filem lebih memberikan kepuasan berbanding drama. Maya juga tidak pernah menghampakan pengkritik fesyen dengan pemilihan rambut, solekan dan perinciaan busana, Maya sentiasa kelihatan sempurna seolah-olah tiada cacat cela tentangnya.