VANIDAH IMRAN - Glam Malaysia

VANIDAH IMRAN

Bergelar aktres, pengacara dan model, Vanidah juga mengajar sebagai tutor di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) di UiTM. Di samping itu, Vanidah sibuk menyiapkan tesis untuk pengajian Sarjana dalam bidang Seni Persembahan (Drama) sebagai persediaan bergelar pensyarah bertauliah. Detik paling glamor buat Vanidah tercipta apabila dia melangkah ke atas pentas untuk menggenggam trofi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk filem The Red Kebaya (2006) di Festival Filem
Malaysia ke-20. Definisi glamor bagi Vanidah ialah keyakinan adalah kunci kepada wanita glamor.