10 Wanita Mengangkat Martabat Wanita Serata Dunia - Page 6 of 10

10 Wanita Mengangkat Martabat Wanita Serata Dunia

Hari Wanita Antarabangsa pada bulan Mac akan datang ini sudah mula membuatkan wanita serata dunia berkobar-kobar memastikan suara mereka didengari. Tanpa mengambil kira status, wanita-wanita ini enggan berdiam diri lagi.

 

GLAM senaraikan 10 wanita era moden yang tampil membantu menjadi suara buat golongan wanita yang tidak diberi peluang untuk berbuat demikian. Dari Duchess of Sussex hingga ke sports superstar Serena Williams, mereka ini membuka jalan untuk membantu mengubah status kehidupan wanita serata dunia.

6 of 10

Angela Merkel

Sebagai seorang canselor wanita pertama Jerman, kedudukan yang dia tercalon pada tahun 2005, Angela Merkel diberi gelaran ‘de facto leader of the European Union’ dan leader untuk kebebasan dunia oleh banyak rumah berita. Forbes menamakannya sebagai wanita paling berkuasa di dunia pada tahun 2018. Sepanjang tempohnya, dia telah memperluaskan pintu dasar imigresen membuka polar Jerman, berjaya mengendalikan krisis kewangan negaranya dengan baik, dan antara salah seorang pemimpin wanita utama yang berjaya memecah masuk ke dalam politik antarabangsa yang majoritinya adalah lelaki.