Datin Esmila Safri: "Accept your imperfections!"

Datin Esmila Safri: “Accept your imperfections!”

DatinEsmilaSafri GLAMGambar: Datin Esmila Safri dalam GLAM edisi Ogos 2015

 
Lemah-lembut bicaranya, peramah beserta dengan personaliti yang cukup menyenangkan, jelitawan Borneo, Datin Esmila Safri petah berbicara dikala ajak berbual. Kenali dirinya dengan lebih dekat lagi menerusi bicara santai ini.
 
1. Bagaimana anda mendefinisikan diri sendiri?
Seorang yang sederhana serta punya cinta mendalam terhadap fesyen. Isteri dan ibu kepada tiga orang anak yang suka memasak.
 
2. Anda tidak boleh meninggalkan rumah tanpa?
iPhone serta salap bibir Vaseline.
 
3. Your guilty pleasure?
Oh sudah tentu cincin Cartier!
 
4. Kecantikan pada anda?
Being able to laugh at yourself and accept your imperfections!
 
5. Ikon fesyen?
Camelia kerana pesonanya yang anggun serta penuh dengan gaya feminin.
 

cover july-180458Camelia dalam penggambaran GLAM pada tahun 2007.

 
6. Lagu pilihan?
Crave You nyanyian Flight Facilities.
 
7. Filem paling diminati?
Filem-filem dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee kerana ia sering membuat saya ketawa.
 
8. Suatu perkara tentang anda yang mengejutkan ramai?
Saya makan empat hingga lima kali sehari!
 
9. Kenangan manis di bangku sekolah?
Dahulu saya aktif dalam sukan bola jaring dan gimnastik. Momen paling manis adalah apabila saya turut sertai Hari Wanita pada tahun 1992.
 
10. Kali terakhir anda menitiskan air mata?
Sewaktu arwah atuk meninggal dunia beberapa tahun lalu, and of course I cry for stupid reasons every now and then.
 
11. Perkara yang menakutkan anda?
Kehilangan keluarga tersayang.
 
12. Idola anda?
Suami tercinta, Dato’ Safri Abdillah merupakan seorang mentor serta sumber kekuatan yang memberi sinar keyakinan pada saya untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.
 
13. Jika anda punya kuasa untuk mengubah dunia, apakah ia?
Untuk menghentikan kelaparan di dunia serta keganasan terhadap wanita.
 
14. Nasihat terbaik pernah diterima?
Jangan pernah meninggalkan solat serta sentiasa bersyukur terhadap Allah SWT atas kurniaannya.
 
15. Nasihat untuk wanita di luar sana?
Sentiasa berfikiran positif.
 
16. Karakter filem yang menjadi pujaan anda?
Watak Frances Baby Houseman lakonan Jennifer Grey dalam Dirty Dancing punya pergerakan tarian hebat! I want to dance like there’s no one watching!
 

See also
Rambut Santai Ilham Anugerah Emmy

Datin Esmila Safri1Datin Esmila Safri di malam Most GLAM 2015.