Merai Hari Wanita Sedunia #BluincIWD2020

Merai Hari Wanita Sedunia #BluincIWD2020

Apa yang lebih istimewa daripada meraikan hari paling dinantikan oleh wanita seluruh dunia pada 8 Mac 2020. Istimewanya, Blu Inc Media merealisasikan semangat waja wanita menerusi sebuah filem pendek berjudul Stand Together. 

Filem yang sarat dengan mesej untuk wanita ini dibintangi tiga pelakon hebat negara: Jasmine Suraya Chin, Sharifah Sakinah dan Sangeeta Krishnasamy. Fokalnya berpaksi pada satu solidariti wanita di mana Blu Inc Media ingin menyeru semua wanita di luar sana untuk menyokong satu sama lain dan diri sendiri. Projek eksklusif  ini juga telah ditaja oleh jenama-jenama hebat seperti Samsung Malaysia, Kose Malaysia dan Fossil Malaysia. Tajaan lokasi pula adalah daripada Jibby by The Park dan Common Ground.

Sertai dan menang!

Strong women lift each other up! Jika anda bersetuju dengan kata-kata ini, dan punyai teman karib wanita yang mempunyai sifat unggul seperti yang dinyatakan, tag IG mereka dan kongsi bersama GLAM. Nyatakan bagaimana dia memberikan sokongan kepada anda.

See also
Stand Together - Bantu Wanita Bangkit Semula #BluIncIWD2020

Setiap perkongsian komen, jangan lupa disertakan #bluincIWD2020 #GalaxyS20 #Kosemy #Fossilmy

Anda berpeluang untuk memenangi set produk @kosemy bernilai RM600 (berbentuk dua set yang bernilai RM300 setiap satu) dan terdapat 10 set untuk dimenangi.

Pemenang akan diumumkan pada 27 MAC 2020.
#GLAMmalaysia #bluincIWD2020 #SamsungS20 #Kosemy #Fossilmy

Terima kasih kepada semua pihak penaja yang menaja kerjasama ini iaitu Samsung Malaysia, FOSSIL, Kose Malaysia dan Jibby by The Park @jibbygroup serta Common Ground @commonground.work selaku penaja lokasi pengambaran kami.

Tonton video penuh di bawah ini: