"Wanita dan bina badan masih belum boleh diterima sepenuhnya." - Nana Al-Haleq

“Wanita dan bina badan masih belum boleh diterima sepenuhnya.” – Nana Al-Haleq

Nana Al-Haleq
 
Janji untuk bertemu gadis ini di studio jam 4.30 petang. Setibanya Nana Al-Haleq di studio bersama pengurusnya, kami terpana. Susuk tubuhnya yang gagah sepadan dengan kerjayanya. “My career… I would say, it is a mixture of coaching, fitness model, a motivator and inspirational role model”. Pasti banyak cabaran yang dilalui sepanjang bergelar seorang atlet bina badan. “Susah sebenarnya untuk mencapai di tahap ini. Sebab utama, set pemikiran orang ramai! Penerimaan terhadap kedua-dua wanita dan bina badan ini masih belum boleh diterima sepenuhnya. Banyak kritikan yang saya terima terutama yang dihantar menerusi e-mel juga Facebook seperti, “Oh we don’t like muscular girls, we like girls who are slim and slender!” Bagi saya sebagai wanita, ianya semua terpulang kepada diri kita sendiri, bagaimana kita mahu tonjolkan imej kita kerana yang bahagia itu adalah kita!”
 
Namun tidaklah kesemua perjalanan yang dilaluinya pahit belaka. Nana yang sudahpun mendirikan rumah tangga, sentiasa mendapat sokongan penuh dari si suami. “Saya pernah bekerja dalam bidang media sebelum ini, dan selepas suatu ketika, saya beritahu suami saya, this is not the best line for me, because I always love fitness! Jadi dua tahun yang lalu, saya berhenti kerja, kemudian fokus kepada bidang ini dan dia menyokong saya sepenuh hatinya,” ujarnya sambil ketawa.
 
Melihat gaya hariannya menerusi laman Instagram, Nana begitu aktif memuat naik gambar serta video setiap kali dia berada di gimnasium. “Saya tidak memiliki gim sendiri. Saya bekerja secara mobile. Dari pukul 8 pagi, saya sudah keluar ke rumah klien dan melatih mereka dari rumah.” Tidak menggelarkan dirinya sebagai jurulatih peribadi, “I am not a certified trainer, I learned mostly from my experience. Anda tahu, anda dari kelulusan akaun dan terjun pula ke dunia media dan berjaya berjaya dalam bidang itu. Ya, saya seperti itu! Paper is just a paper, jika anda tahu bagaimana cara yang betul untuk lakukannya, tidak mustahil anda boleh lebih berjaya daripada mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang tersebut.
 
“Saya juga tidak punyai sebarang kelulusan dalam bidang sukan. Tapi saya pernah mewakili Selangor ketika menyertai sukan di sekolah dahulu. Kemudian saya aktif dengan aktiviti rock climbing dan kini bina badan. Jadi mungkin saya tak sesuai untuk digelar seorang trainer tetapi jika a lifestyle coach, yes!” ujarnya tertawa kecil.
 
Melihat kepada gaya personaliti ini, walau luaran tampak ganas, bicaranya lembut dan sopan. Begitu meminati fesyen, baginya imej sangatlah penting, “I can be elegant and beautiful, I can be sexy if I want too! Tidak semestinya muscular woman tidak boleh tampil seksi. I like 7 inch heels, no joke!” Jika ditanya imejnya, dia gemarkan gaya minimalis kala berfesyen. Bercerita tentang obsesi fesyennya, “Saya sangat sukakan Isabel Marant juga Chanel, I die for their kicks!” Nana bercita-cita untuk memulakan jenama fesyennya sendiri. Seperti aksesori untuk ke gim yang wanita boleh gayakan dan sudahpun mula merekanya dari sekarang . “Ya… somewhere this year. Still keeping it hush hush!,” ujarnya mengakhiri bicara.
 
Penyelaras ZUHAIRIE SAHROM DAN AMIRA AZMAN
Arahan Seni ASHURA HAKIM
Gambar ERIC CHOW/BLINK STUDIO
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Mei 2015
 
 

See also
The Young & Restless YM Puteri Noor Afzan - in Royal Fashion